Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Gombak. Show all posts
Showing posts with label Gombak. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

13 Tasik Ulu Yam Semakin Kotor

Tasik Ulu Yam cukup cantik!


Namun..


Manusia hanya suka menghayati keindahan alam semula jadi namun tidak pandai untuk menjaga dan memeliharanya. Apa buktinya?


Sabtu yang lalu abah dan keluarga bersarapan di Tasik Ulu Yam, Gombak. Nak tengok keindahan Tasik Ulu Yam boleh klik tajuk entri ini (Ceria Pagi di Ulu Yam, Gombak).


Inilah sikap rakyat Malaysia, suka membuang sampah. Nak berkelah ke makan ke tolonglah buang sampah atau sisa-sisa di dalam tong sampah yang disediakan.



Botol minuman dan plastik mengambil masa yang cukup lama untuk dileraikan.


Sudah minum berdua tak pandai nak buang! Ingat batang pokok kelapa ni tempat parking air ke?


Inilah sikap masyarakat kita..


Cantikkan Tasik Ulu Yam! Adakah generasi akan datang berpeluang melihat keindahan seperti ini jika masalah dan sikap masyarakat seperti di atas tidak diubah.


Nur Iman sempat menghayati keindahan Tasik Ulu Yam, namun bagaimana dengan anaknya nanti bila dia dah besar, cucunya dan generasi akan datang? Mari kita fikir-fikirkan...


Jesteru, marilah kita sama-sama didik anak-anak bermula dari rumah. Buang sampah hendaklah di dalam ---------------?


Pandai!

Saturday, December 10, 2011

11 Ceria Pagi di Tasik Ulu Yam, Gombak

Bestnya hari Sabtu..


Kalau tiba hujung minggu ni memang ramai yang cukup gembira. Bukan apa setelah penat lima hari bekerja hari minggu adalah hari yang cukup dinantikan untuk bersama keluarga, berehat, mengemas ruah, beriadah, bersukan dan pelbagai lagi.


Pagi tadi abah sekeluarga sarapan pagi di Tasik Ulu Yam yang terletak lebih kurang 7KM daripada rumah abah. 


Mari kita hayati bersama suasana pagi di Tasik Ulu Yam.


Ada kaki pancing dah mencuba nasib seawal 9.00 pagi. Abah pasti bukan renjer.hehehe...


Suasana yang cukup indah dan nyaman


Air yang tenang jangan disangka tiada buaya..tapi memang tiada pun di sini.


Kehijauan hutan masih lagi terpelihara di  Tasik Ulu Yam

Jauh disana merupakan Empangan Batu. Empangan ini digunakan untuk bekalan air minuman sahaja dan bukannya janakuasa elektrik.


Abah tak sempat nak duduk lagi ibu dah snap..


Peace! Kami bertiga..


Nur Iman abah suruh duduk diam-diam tangkap gambar dia taknak..inilah hasilnya


Sedang menghayati keindahan Tasik Ulu Yam agaknya..


Pokok kelapa turut ditanam disini untuk menyerikan lagi suasana selain dijadikan tempat untuk berteduh.


Untuk makluman semua, jalan raya disini merupakan jalan lama yang digunakan untuk ke Genting Highlands.

Tasik Ulu Yam Semakin Kotor

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates