Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?
Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.
5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri
Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)
wajar sangat, tp sayangnya saya terlepas peluang itu...
ReplyDeletelepas ni leh lg pe..ada rezeki lain ke PCL
Deletetersangatlah wajarnya... itu dari sudut physchology tu... ^_^
ReplyDeleteA'ah kurangkan rasa sakit walaupun mmg sakit
Deletetersangat wajar dan sya mmg sgt memerlukan kehadiran suami ketika bersalin... ;)
ReplyDeletehehehe..itulah AK pun teman isteri..laki derita juga time wife tgh meneran..mau teggeliat tangan dibuatnya
ReplyDeletenanti mila bg suami mila baca....
ReplyDeleteRasanya kali ini nak jugak minta suami temankan bersalin. Walaupun dia selalu kesiankan kita semasa mengandung tetapi peritnya melahirkan tu lagi berat rasanya. Jangan tengok darah terus pitam udah...
ReplyDeleteeloklah dapat temankan isteri.. tahulah sikit kesakitan dialami...
ReplyDeleteMemang wajar.. Wie pun dah pernah mengalami pengalaman temankan isteri Wie bersalin.. Kesian sangat tengok wife menanggung sakit nak bersalin tu..
ReplyDeleteA'ah btl tu..nak nangis je rskan..
DeleteEn Suami mabuk darah tapi alhamdulillah walaupun dia sekadar menemani ketika saya di awal kontraksi saya sudah cukup bahagia sebab tengok saya menahan awal kontraksi pun dia sudah pucat, kalau tengok saya teran mahu dia yang pengsan.
ReplyDeleteTapi ye saya sokong suami2 diluar sana untuk berada di sisi isteri ketika isteri bersalin untuk menyaksikan detik kelahiran anak anda sendiri.
best nyer kalu suami disisi masa sakit melahirkan..
ReplyDeletedulu den masuk labour room teman isteri...pengalaman yg tidak mungkin dilupakan...
ReplyDeletewajar...sgt2 wajar abah..leh bg sokongan utk isteri yg sdg bertarung nyawa utk melahirkan anak..
ReplyDeletejg utk suami lihat bgimana susahnye isteri utk melahirkan..mg2 akan bertambah kasih syg antara suami isteri..
paling elok sekali temanlah.. at least ada yg bagi semangat.. kesian kat isteri tengah bertarung nyawa
ReplyDeleteSetuju
Deletestuju....
ReplyDeletenureen dah 2 kali bersalin, 2 2 kali suami msk l.room..
klau nk bersalin mmg tangan suami yg nureen cari utk digengam..
kekuatan nureen utk meneran lebih kuat bila pegang tangan suami..
lps je selamat & msk wad, suami akan critakan segala2nya...
apa perasaan dia, mcm mana keadaan nureen...
*psttt ada plak, nureen mtk dia snap gambo muka nureen tgh meneran heheheh :P
AK pernah merasa nk tergeliat rasa
DeleteHehehe...sorry lupa edit..dah betulkan dah
ReplyDeleteHarapnya masa AJ bersalin nanti, suami AJ nak temankan....
ReplyDeleteTapi lama lagi la nak rasa pengalaman tu.....
Hehehehe... =D
mudah-mudahan selamat semuanya ye
Deletealamakkkkk awat tulisan halus bebona niiii.... hihiii.... memang wajar suami teman....
ReplyDeleteKetiga-tiga kelahiran ditemani suami. rasa lega bila suami ada berrsama..
ReplyDeletesuami temankan jugak tp die duk luar...die tak brni masuk dalam temankan saya..die ckp elok2 misi tuh nak uruskan anak n ayag, ngan abg skali die kene uruskan...
ReplyDeletepandai ye laki..tkt tgk darah kot..tkpun nanti dia yg nangis.hehehe
DeleteAbah..kalau takde hubby teman nak peluk sapa nanti...hehehehe
ReplyDeletemmm..sape eh?hehehe..
Deletehehehe..suami sy tak berani langsung..dia kata nanti dia pengsan..
ReplyDelete