Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 10, 2013

23 Penciptaan Robot Kuratas Satu Kejayaan Atau Kemusnahan?

Semalam TV3 ada menyiarkan berita mengenai kejayaan syarikat di Jepun mencipta sebuah robot yang diberi nama Robot Kuratas.

AK cukup kagum dengan penciptaan robot ni namun jauh disudut hati AK ada kerisauan mengenai kejayaan penciptaan Robot Kuratas ini.

Tidak mustahil selepas ini lebih banyak lagi robot-robot yang bakal dicipta dan bayangkan apa akan terjadi jika robot-robot ini disalahgunakan dan dibeli oleh orang yang tidak bertanggungjawab? Bukankah peperangan boleh terjadi? Menakutkan!

Kogoro Kurata merupakan pencipta dan pereka robot ini mengambil sumber inspirasi daripada kehidupan robot dalam filem, anime, dan mainan dari zaman kanak-kanaknya. Walaupun Kuratas semasa hanya prototaip, namun orang ramai boleh membuat mula membuat pesanan melalui website mereka dengan harga £ 900,000.

Robot boleh dikawal oleh iPhone dan dilengkapi dengan sistem senjata futuristik, termasuk pistol yang  mampu menembak 6,000  peluru dalam satu minit dengan hanya senyuman. Bukankah ini menakutkan!

Cukuplah kita lihat akibat penciptaan senapang, pistol, bom, kereta kebal dan pelbagai lagi peralatan perang yang lain. Bayangkan apa yang boleh dilakukan dengan menggunakan robot ini.

Tengok beberapa keping gambar Robot Kuratas ini.

 



Jom tengok video mengenai Robot Kuratas ini. Cukup menakjubkan dan juga mengundang ketakutan.



23 comments:

  1. tiba2... teringat cerita Total Recall... cam they are trying to make things that they created in the movie to become reality jer nih... takut jugak seandainya pada masa akan datang atau terdekat ini... perang menggunakan robot... boleh membawa kepada kemusnahan besar pada dunia nih...

    ReplyDelete
  2. Nmpk gaya, hidup dikelilingi robot bakal menjadi realiti!

    ReplyDelete
  3. Nampak gaya mcm tu lah..Skrg mungkin ramai yg memuji dia tp jika berlaku kemusnahan tengoklah ramai yang akan mengeji beliau..

    ReplyDelete
  4. kalau robot dah ambil alih makin ramailah yang menganggur kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal..tp ni robot mcm nak berperang ni

      Delete
  5. Takpayah tunggu Kuratas ni, US dah lama guna drone...

    ReplyDelete
  6. uish..ganas juga muka robot nih..skrg duk imagine kemusnahan dunia mcm dalam filem transformer tu...heheh

    ReplyDelete
  7. bergantng kepada cara penggunaannya

    ReplyDelete
  8. seramnya! cyda tengok cerita transformer tu pun dah takut, ni betul2.. haih!

    ReplyDelete
  9. wow hebatnya.... tapi apa akan jadi kalau ramai yg beli robot ni... boleh huru hara dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tkpe..buatnya ada yg sakit hati ..fuh gn robot je tembak

      Delete
  10. tak sanggup dunia diterokai robot =(

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum AK...besarnya robot tu...:)

    ReplyDelete
  12. dah macam mainan diorang buat! tapi kalau boleh bawa merata-rata memang bahaya laaa

    ReplyDelete
  13. jgn sampai teknologi memakan diri sudah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates