Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 12, 2013

6 Kerandut Buah Zakar Tercucuk Besi

GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas kerandut buah zakarnya terkena bucu cerucuk besi di kawasan pembinaan longkang di Kampung Masjid, Jalan Perak ketika bermain bersama rakannya semalam.
MIKHAIL IRFAN menunjukkan batang besi yang telah dipotong pemaju selepas kejadian itu di George Town semalam.
Dalam kejadian pukul 6 petang itu, Mikhail Irfan Muhamad Sofian menerima empat jahitan pada kerandut buah zakarnya selepas terjatuh atas cerucuk besi yang terpacak di kawasan pembinaan itu.

Berikutan kemalangan itu, datuknya Zainol Sulaiman, 61, membuat laporan polis dan mahu pihak pemaju mengambil perhatian dan langkah keselamatan supaya kejadian tersebut tidak berulang.
"Cucu saya dan rakannya biasa bermain di kawasan berkenaan.

"Sudah empat bulan cerucuk besi yang panjangnya hampir 20 sentimeter itu terpacak di situ tapi semalam nasibnya malang kerana terjatuh dan terkena bucu besi," ceritanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Sumber: Kosmo online

6 comments:

  1. ermm.... janganlah bagi kanak2 tu main kat situ dah tau bahaya kan? patutnya kenalah pantau kan...pas tu pihak pemaju pown kenalah ensure safety jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa'h betul tu..pihak developer sepatutnya kena pastikan kawasab tersebut tidak dimasuki leh orang luar

      Delete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates