Semalam TV3 ada menyiarkan berita mengenai kejayaan syarikat di Jepun mencipta sebuah robot yang diberi nama Robot Kuratas.
AK cukup kagum dengan penciptaan robot ni namun jauh disudut hati AK ada kerisauan mengenai kejayaan penciptaan Robot Kuratas ini.
Tidak mustahil selepas ini lebih banyak lagi robot-robot yang bakal dicipta dan bayangkan apa akan terjadi jika robot-robot ini disalahgunakan dan dibeli oleh orang yang tidak bertanggungjawab? Bukankah peperangan boleh terjadi? Menakutkan!
Kogoro Kurata merupakan pencipta dan pereka robot ini mengambil sumber inspirasi daripada kehidupan robot dalam filem, anime, dan mainan dari zaman kanak-kanaknya. Walaupun Kuratas semasa hanya prototaip, namun orang ramai boleh membuat mula membuat pesanan melalui website mereka dengan harga £ 900,000.
Robot boleh dikawal oleh iPhone dan dilengkapi dengan sistem senjata futuristik, termasuk pistol yang mampu menembak 6,000 peluru dalam satu minit dengan hanya senyuman. Bukankah ini menakutkan!
Cukuplah kita lihat akibat penciptaan senapang, pistol, bom, kereta kebal dan pelbagai lagi peralatan perang yang lain. Bayangkan apa yang boleh dilakukan dengan menggunakan robot ini.
Tengok beberapa keping gambar Robot Kuratas ini.
Jom tengok video mengenai Robot Kuratas ini. Cukup menakjubkan dan juga mengundang ketakutan.








