Pernah makan cempedak?
Biasa korang suka makan cempedak yang sudah digoreng atau yang masak di pokok sahaja? Dua-dua sedap bagi abah.
Soalan lain pula..Pernah makan bijinya?
Image : google
Kalau tidak pernah makan baik korang cuba makan. Cukup sedap..Biasanya cempedak akan digoreng dengan bijinya sekali, ada yang rajin akan asing dan buang bijinya baru goreng.
Next time kalau ada yang beli atau goreng cempedak cuba makan biji. Cukup sedap! Tak percaya tanya blogger-blogger yang biasa dan pernah makan. Mesti mereka cakap sedap!
Di belakang rumah mak abah di Kuantan memang ada tanam cempedak, dulu kecik-kecik kami rebus biji cempedak dan tambah sedikit garam lalu makan ramai-ramai.
Rasanya macam mana?
Cukup berlemak! nyyyuuuummmyyyy..sedap. Enak dimakan begitu sahaja. Jika mahu makan cara western korang letaklah minyak olive, sadurkan dengan coklat ke biji tu, makan dengan madu ke, ikut citarasa. Ingat buang kulitnya dahulu baru makan!
Ingat jangan buang biji cempedak kerana ia boleh dimakan!
Jangan korang cuba try rebus biji durian pula.
biji cempedak?akak pun suka kalau direbus..lemak2 gitu..
ReplyDeletemasa di rumah lama dulu ada tanam pokok cempedak..buahnya memang cantik dn besar2..selalu sedekah kat jiran..bila pindah..pokok tu pun mati...
sedap tau bijik cempak rebus ni...
ReplyDeletemasa kecik2 iols gemar makan bijik cempedak rebus ni..
dulu ada sekali rebus - ajak my kids makan... depa tak reti nak makan kekdahnya!
mmg sodap...terbaik...
ReplyDeletehehe, arisha pun suka makan cempedak and biji2nya juga :) it tastes great..cempedak goreng apatah lagi..yummy..yummy..delicious..:)
ReplyDeletesaya suka cempedak goreng.
ReplyDeletedan saya juga sangat suka makan biji cempedak itu...hehe
tq tinggal jejak di blog saya ya abah khalisya...:)
aku mmg dah biasa makan.. kitaorng rebus.. mmg sedap yam yam..
ReplyDeletebiasa makan rebus je tp mmg sodaaaaap :)
ReplyDeletenenek cekbolat suke makan.. tapi cekbolat tak makan pun -_-"
ReplyDeleteheheh.. nnty bolat try lah..
Biasa makan... biasa juga buat sambal ngan ikan bilis.... sedappppp.....
ReplyDeletedulu kecik2 suka makan...
ReplyDeletesekarang dah jarang makan biji cempedak..ehhehe
biji cempedak ngn nangka mmg sedap kalau rebus dan makan mcm tu je. tp dh lama jgk tak makan sbb cempedak kat rumah ni pantang lepa je mkn dek binatang2 liar.
ReplyDeletedulu2 masa maka ada selalu dapat makan buah cempedak ni...skang ni dah tak dpt makan lagi...sebab nak buat sendiri punyala ehem2...kalau dulu tinggal amkan jek...memang sedap!!
ReplyDeleteserious sedap!!
ReplyDeletesaya sangat suka makan biji cempedak. Sedap.
ReplyDeletekat rumah renjer banyak pokok cempedak ni..buah pun tengah banyak..
ReplyDeletebijik die memang sedap..kulit die pun boleh makan..buat jeruk..orang banjar panggil jeruk kulit tu (mandai)