Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label cempedak goreng. Show all posts
Showing posts with label cempedak goreng. Show all posts

Friday, December 9, 2011

15 Sedapnya Biji Cempedak!

Pernah makan cempedak?


Biasa korang suka makan cempedak yang sudah digoreng atau yang masak di pokok sahaja? Dua-dua sedap bagi abah.

Soalan lain pula..Pernah makan bijinya?

 Image : google
Kalau tidak pernah makan baik korang cuba makan. Cukup sedap..Biasanya cempedak akan digoreng dengan bijinya sekali, ada yang rajin akan asing dan buang bijinya baru goreng.

Next time kalau ada yang beli atau goreng cempedak cuba makan biji. Cukup sedap! Tak percaya tanya blogger-blogger yang biasa dan pernah makan. Mesti mereka cakap sedap!

Di belakang rumah mak abah di Kuantan memang ada tanam cempedak, dulu kecik-kecik kami rebus biji cempedak dan tambah sedikit garam lalu makan ramai-ramai. 

Rasanya macam mana?

Cukup berlemak! nyyyuuuummmyyyy..sedap. Enak dimakan begitu sahaja. Jika mahu makan cara western korang letaklah minyak olive, sadurkan dengan coklat ke biji tu, makan dengan madu ke, ikut citarasa. Ingat buang kulitnya dahulu baru makan!

Ingat jangan buang biji cempedak kerana ia boleh dimakan!

Jangan korang cuba try rebus biji durian pula.

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates