Siapa pernah dengar pasal movie arahan Sabree Fadzil bertajuk Datin Ghairah? Tajuk yang mampu membuatkan ramai kaum lelaki masuk panggung ni. ahhahaha.
Kalau Ombak Rindu menampilkan menampilkan Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae, Datin Ghairah pula menampilkan sekali lagi Aaron Aziz, Maria Farida, dan Faizal Hussein sebagai pelakon utama filem ini.
Macam mana ye kalau ada anak-anak bertanya, " Mak, Datin Ghairah tu apa ye?" Tak ke terkedu mak nak menjawab.
Nak tahu jalan cerita Datin Ghairah ni korang boleh baca disini- Datin Ghairah dan kalau nak tengok Maria Farida joget pula boleh tengok Datin Ghairah Trailer.
Ramai lelaki meleleh air liur tengok aksi Maria Farida dan Aaron Aziz rasanya dalam movie ini. Kalau dalam Ombak Rindu ada aksi ranjang Aaron Aziz dan Maya Karin dalam Datin Ghairah pun boleh tahan juga abah rasa. Sape yang untung? Aaron Aziz juga.Betul tak?
Kalau Ombak Rindu pasangan couple atau suami isteri akan pergi tapi rasa-rasanya ada ke isteri atau girlfriend yang membenarkan suaminya atau boyfriendnya pergi menonton movie ini?
Ni snap shot daripada Trailer Datin Ghairah. Yang tu badan Maria Farida. Background lagu adalah Wanita Seluruh Dunia yang layak ke Juara Lagu.
Menarik atau tidak kita nantikan kemunculan Datin Ghairah pada 8 Disember 2011 ini. Sepatutnya cerita ni keluar pada tahun 2010. Tapi abah tak sure apa punca delay..
"Sokonglah filem tempatan tanpa anda industri ini pasti tidak akan bermaya! Dah saksikan nanti anda nilai sendiri."
Sedikit Informasi mengenai Datin Ghairah
| Datin Ghairah | |||
| Pengarah : | Sabree Fadzil | ||
| Syarikat Penerbit : | De Baron Sdn. Bhd. | ||
| Bahasa : | Bahasa Melayu | ||
| kategori : | Filem Cereka | ||
| Genre : | Cinta, Komedi | ||
| Tarikh Tayangan : | 08 Disember 2011 | ||
| Durasi : | 89 min | ||
| Audio : | Stereo | ||
| Format : | 35mm | ||






