Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 17, 2013

11 Lagi Pertembungan Sharifah Zohra & Bawani di Forum 22 Jan

Satu rakaman video petikan dari forum “Seiringkah Mahasiswa dan Politik”yang telah berlangsung di UUM baru-baru ini telah tersebar dan begitu menarik perhatian.

Seorang mahasiswi saudari Bawani telah bangkit bertanyakan soalan dan kelihatan seseorang yang dikenali sebagai puan Sharifah Zohra Jabeen yang bertindak selaku moderator telah turun sehingga menarik mikrofon dari Bawani.
Tindakan ini dilihat kurang matang malah beliau yang juga Presiden Suara Wanita 1 Malaysia telah bertindak memalukan Bawani hanya kerana mahasiswi itu menyatakan soalan yang jelas bercanggah dengan beliau.

Sememangnya SAMM juga kesal dengan kejadian yang berlaku seharusnya di institusi pengajian tinggilah tempat seharusnya percanggahan pendapat dibincangkan dan disuburkan.

Namun apa yang berlaku dalam forum tersebut menggambarkan sebenarnya situasi sebenar dalam kebanyakan IPT negara. Ini menjadi antara punca ‘rangking’ IPT negara semakin menjunam di mata dunia.

Perbagai respon muncul, sehingga nama #Bawani dan #Zohra menjadi trends dalam laman (antarabangsa) blog mikro twitter.

Amat menyedihkan respon sama ada menyokong Bawani atau pun Zohra ada kelihatan agak melampau sehingga mengheret sentimen perkauman. Umno yang selama ini rapat dengan Zohra kelihatan cuba menjauh diri dengan beberapa penafian pimpinan Umno yang menyatakan Zohra ada kaitan dengan Umno tetapi menyatakan Zohra hanya pemimpin wanita KIMMA sebuah parti politik yang turut bernaung dibawah Bn.

Walaupun tidak bersetuju dengan pemikiran Zohra yang menghalau orang yang tidak bersetuju dengan regim penguasa untuk keluar dari negara ini, namun SAMM merasakan perlunya Zohra diberi ruang untuk muncul secara waras dan teratur bagi menyatakan apa sebenarnya yang berlaku dan memberi ruang beliau menyatakan pendapat.

Situasi negatif ini harus diambil kesempatan oleh anak muda untuk menjadikannya pertembungan pendapat yang positif berasaskan fakta dan ilmu.

Maka SAMM telah menghantar satu surat pelawaan untuk diadakan satu forum seperti berikut;

Forum : Kebebasan Akademik dan Hak Asasi
Tarikh : 22 Januari 2012
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur

3 Panelis dinamakan sebagai panel forum ini dan sudah dihantar jemputan kepada mereka iaitu Puan Sharifah Zohra Jabeen, Saudari Bawani dan Dr. Maszlee Malek.

Diharapkan semua panelis khususnya Bawani dan Zohra dapat dengan jiwa besar untuk menerima pelawaan ini demi sama membina persekitaraan yang membina anak muda Malaysia.

Wan Noor Farel Azli Wan Haron
Pengarah Segmentasi Mahasiswa
Solidariti Anak Muda Malaysia

 
Komen AK:

Blog abah khalisha dah jadi macam blog politik plak.kui..kui..kui..Sekadar berkongsi perkara yang hangat di pasaran!

11 comments:

  1. ^_^... hanya mampu tersenyum bila melihat video tu dan membaca tentang kejadian ini...

    ReplyDelete
  2. dkna tak nak komen banyak sebab bila da jadi macam nie terus kategori politik... kita harus bewaspada,tak perlu nak bising sana sini, tunggu pru nati pangkah yang mana kita pilih :)

    ReplyDelete
  3. hurmmm saya sgt2 tidak setuju dgn tindakan zohra ..
    dia mencerminkan diri dia yg tidak profesional dlm menanggani situasi
    kalau saya jadi bawani .. malas aku layan dahh ... ngehx3 ;)

    ReplyDelete
  4. syarifah melayu, bawani india..buat kat dewan cina..terserlah sifat 1 malaysia...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  5. sampai skrg munna tak tgk lagi video listen yg tgh glamer ni....

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum AK...kecoh isu ni sampai dah jadi glamer...;)

    ReplyDelete
  7. omputeh kata.. it is not what you said, but how you said it..

    berbincang lah dengan cara yang berhemah..attitude tu penting..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates