Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 23, 2013

13 (Gambar) Bongkah Batu Dijadikan Rumah


COAHUILA, Mexico - Seorang lelaki di Mexico telah menukar seketul bongkah batu menjadi rumah untuk keluarganya sejak 30 tahun lalu.

Benito Hernandez membina kediaman unik itu dekat kawasan pergunungan San Jose de Las Piedras, dalam negeri Coahuila di utara Mexico.

Sebahagian daripada bongkah batu besar berdiameter 40 meter itu dijadikan bumbung rumah manakala beberapa bahagian lain dikorek untuk membina ruang tamu, dapur dan beberapa buah bilik.

Hernandez tinggal di rumah batu itu bersama isteri, Santa Martha de la Cruz Villarreal, seorang anak lelakinya, Omar Hernandez dan cucu perempuan mereka, Lucero Hernandez.
Kediaman Hernandez itu terletak dekat dengan bandar San Jose de Las Piedras.

Bandar itu merupakan sebuah komuniti terpencil di kawasan gurun Coahuila dan terletak sekitar 80 kilometer dari sempadan Texas, di Amerika Syarikat. - Agensi



Sumber: Kosmo Online

13 comments:

  1. terfikir-fikir macamanalah dia bina rumah ni ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kreatif tu..tp kalau dah terpaksa apa pun boleh dilakukan

      Delete
  2. uih..keratif tol..tp mcm takut la tgk..huhuuhu..mesti sejuk je dok dlm tu..

    ReplyDelete
  3. Mcm ne diorang bt saluran pembetung tu eh? Mmmm...

    ReplyDelete
  4. camnr dia korek batu tu.. dasat gak ye..

    ReplyDelete
  5. tak payah bayar sewa..dinding umah sah2 lebih kuat dari umah banglow..heheh

    ReplyDelete
  6. cam best jer...lol... adventure plak...sesuatu yang lain ni...

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Tuan minta pautan dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam BLOG SANTAI DAN HANGAT. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum AK...memang kreatif sungguh...:)

    ReplyDelete
  9. Salam
    Tuan, terima kasih memberi laluan PAUTAN pada web blog tuan. Semoga TUHAN memberi RAHMAT ke atas tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates