Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 14, 2013

9 Buaya Kawal Ganja di Dalam Rumah

ALAMEDA, Amerika Syarikat - Anggota-anggota pihak berkuasa di California Utara telah membuat penemuan yang mengejutkan dalam serbuan dadah di bilik sebuah rumah di Lembah Castro di sini pada Selasa lalu.

Mereka menemui seekor buaya sepanjang 1.53 meter yang mengawal 15.4 kilogram ganja yang bernilai AS$100,000 (RM302,000).

Buaya spesies Caiman itu diletakkan di dalam sebuah tangki untuk menjaga ganja tersebut.

Haiwan itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan berpaya di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

"Pada kebiasaannya, kita akan melihat anjing digunakan untuk mengawal dadah yang disembunyikan di dalam rumah," kata seorang pegawai Pejabat Syerif Alameda, Sarjan J.D. Nelson kelmarin.

Pemilik reptilia itu, Assif Mayar telah ditangkap pada Selasa lalu dan dituduh memproses ganja untuk dijual.

Mayar, 32, tidak membuat pengakuan semasa perbicaraannya berlangsung di Mahkamah Tinggi Alameda.

Dia kini ditahan dengan ikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM60,400).

Mayar akan dibicarakan semula pada 15 Januari ini.

Buaya itu kemudian dihantar ke sebuah zoo. - Agensi

Sumber: Kosmo Online

9 comments:

  1. buaya pulak.... ntah2 buaya ni pun dah kenyang makan ganja kut...kekeke

    ReplyDelete
  2. eii takutnya tgk buaya nih...besar dan buas

    ReplyDelete
  3. Dasyat tu. Buaya jadi pengawal ganja ☺☺

    ReplyDelete
  4. camana buaya garang tu kawal ganja, kita tengok dia merangkak ke berdiri ?

    ReplyDelete
  5. Gila. Betul kaya la org tu kan? Siap beli buaya suh kawal dadah. Naya je binatang tu.

    ReplyDelete
  6. sekali dia ngap... habislah semua...hu hu hu...menakutkan...

    ReplyDelete
  7. patut nya bagi dia duduk sekandang dengan buaya dia tuh..hehhe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates