Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 4, 2012

7 Lelaki Malaysia Lebih Ramai Bankrap Daripada Wanita


KUALA LUMPUR – Seramai 169,218 individu lelaki di negara ini telah diisytiharkan bankrap sejak tahun 2005 hingga April tahun ini disebabkan sikap buruk mereka sendiri yang liat untuk membayar balik hutang.

Jumlah tersebut meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan individu yang telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama iaitu seramai 241,740 orang.

Ketua Jabatan Korporat dan Komunikasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Khalil Jamaldin berkata, fakta tertersebut menunjukkan golongan lelaki di negara ini lebih suka berhutang berbanding golongan wanita.

Beliau berkata, jumlah golongan wanita yang diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama adalah seramai 72,522 orang.

Katanya, punca utama golongan Adam menjadi liat untuk membayar hutang adalah disebabkan sikap mereka yang gemar melangsaikan hutang sedia ada dengan membuat pinjaman baharu.

Beliau menegaskan, tindakan tidak berhemah golongan lelaki membuat hutang baharu itu ibarat menutup lubang hutang lama dan kemudian menggali lubang hutang yang baharu.

“Hutang yang baharu itu tidak akan selesai malah semakin bertambah.

“Apabila sudah tidak mampu bayar, tanggungjawab untuk membayar hutang itu turut hilang.

“Jadi akhirnya dia biarkan saja hutang itu macam orang malas nak bayar hutang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

sumber: kosmo online

7 comments:

  1. ermm...ingat kan pompuan yg suka berhutang...hehe..
    rupa nya lelaki plak yg ramai bankrap...huhu

    ReplyDelete
  2. @aTieYusof Family A'ah itulah pasal.terkejut gk bc news ni. Tapi dah data menunjukkan sebaliknya. Kena terima je lah

    ReplyDelete
  3. suami saya lagi bagus pegang duit berbanding saya yg boros melampau ni. hahaha

    ReplyDelete
  4. @NM02 Itulah sama dgn AK lah..pelik juga mcm mana boleh lelaki lebih ramai yang blacklist..mungkin berhutang ramai wanita tapi yang tak mampu bayar adalah lelaki.hehehe

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum AK...kesian nyer lelakikan ketua keluarga dah tentu berhutang atas nama mereka itupun utk keperluan keluarga jugakan...;)

    ReplyDelete
  6. @Mas Zull A'ah ada betulnya juga..tp kategori itu mungkin berbeza..Yg tak mampu bayar ni mungkin beli benda-benda yang sebenarnya tak perlu beli..rasanyalah

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates