Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 12, 2012

9 Kenangan 12.12.12 - Jatuh Longkang

Aduh!...Sakit!

Malam semalam AK, wife dan Nur Iman tidur di rumah adik di area Jalan U-Thant sebab petang semalam wife ada makan-makan dengan office mates dia. Nak balik Selayang jauh sikit.

Pagi tadi Nur Iman buat perangai taknak ke sekolah sebab di rumah adik ada mak AK dan sorang lagi adik AK.

Mak ke sini sebab jaga anak adik AK yang baru berusia dalam 2 bulan.

So AK hantar semula Nur Iman di rumah adik. Dah reverse masuk parking AK pun keluar dari kereta untuk ambik Nur Iman. Tengah jalan nak ambik Nur Iman tiba-tiba AK rasa tak seimbang disebabkan tarikan graviti yang kuat.

BACA: Peluang Anda Memenangi Android

Tiba-tiba kaki kiri terjerumus (betul ke terjerumus)ke dalam longkang akibat penutup longkang yang diletakkan jarang-jarang. Handphone pun turut sama melayang lalu menjunam ala-ala Pandalela Renong meninggalkan bateri sahaja di atas permukaan lantai.

Longkang dah lah dalam sampai paras pinggang AK.Apa lagi meronta-ronta daku kesakitan. Kesannya dapat dilihat di peha daku.Adooiiii...



Ada lagi calar-calar dekat tempat lain tapi tak boleh tunjuk. Kalau yang bujang nak tengok juga kena kawin dengan AK dulu baru boleh tengok.hehehe.

Alhamdulillah handphone pun ok sebab air dalam longkang tu cetek dan jernih sahaja. Kalau air longkang tu dalam dan warna macam teh susu memang selamatlah handphone AK.

Memang betul-betul kenangan untuk 12.12.12.

9 comments:

  1. teruk gak luka2 tu.. aduhai.. sabar yer..memang kenangan la 12.12.12..hehe

    ReplyDelete
  2. MAK OIII.....sure sakit giler tu kan...

    ReplyDelete
  3. @Amanda Suria sakit tu tidak nak giler ada sebab sakit..adehhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  4. Mesti perit kan?

    Tak boleh jadi kenangan terindah untuk 12.12.12...

    ReplyDelete
  5. lor.. tu benjol tu, sakit kan..
    dah jumpe doktor dah?
    ke tuam je ??

    ReplyDelete
  6. kalau tak jadi nyer insiden ini...maka takder lah kenangan yg nak diabadikan utk 12 12 12. ni..

    ReplyDelete
  7. salam AK...kenangan payau nampaknya 12.12.12 tu..huhu.

    esok lusa sure lebam tu kan?lepasni jgn berani2 pijak penutup longkang.saya skrg ni main lompat je.risau terjerlus gak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates