Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 23, 2012

7 Jangan Layan Panggilan Telefon Yang Minta Maklumat Kad Kredit



KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Orang ramai diingatkan agar tidak melayan sebarang panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dari sebuah bank tempatan dan meminta pengesahan transaksi kad kredit atau berkaitan tunggakan kad kredit.



Pengerusi Biro Aduan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Wilson Lau Hoi Keong berkata ini kerana panggilan itu mungkin daripada anggota sindiket penipuan kad kredit.

"Modus operandi sindiket itu ialah dengan menelefon mangsa dan mendakwa sebagai pegawai bank dan memberitahu bahawa mangsa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit yang perlu segera dijelaskan," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata pemanggil kemudian meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke akaun pihak ketiga atas alsan untuk melindungi keselamatan wang itu dan transaksi tersebut dirahsiakan.

Katanya, setakat ini, pihaknya menerima 18 aduan daripada mangsa penipuan sindiket itu.

-- BERNAMA

Komen AK :

Hati-hati semua!

7 comments:

  1. macam-macam cara orang nak duit kita.
    meletihkan betul ..

    ReplyDelete
  2. mujur tak pakai kad kredit..heheh

    ReplyDelete
  3. @khairul hassan hidup skrg mmg kena pandai elak untuk ditipu

    ReplyDelete
  4. xpakai kad kredit..tpi pakai maybank yg de visa tu.xpaam ari tu tetiba kena call oleh "maybank"

    ReplyDelete
  5. bunda pernah kene sekali ngn Maybank.. tapi dorang sms

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates