Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 4, 2012

7 Harga Barangan Naik Banyak, Gaji Pula?

Tertarik AK bila terbaca entri di blog Di Jari Pena Menari yang bertajuk Nilai Duit Dulu dan Sekarang.


Mereka yang masih single mungkin tak terasa sangat dengan kenaikan harga barangan jika dibandingkan dengan mereka yang telah berkeluarga.Betul ke? atau anda yang masih single turut merasainya?

Sebagai contoh harga susu anak AK. Dalam masa 3 tahun ni, nilai kenaikan harga hampir RM10 untuk susu yang beratnya 1.2 kg. Selalu kalau AK beli 2 kotak susu 1.2 kg mesti akan ada balance lebih kurang RM10 jika bayar dengan RM100 dan balance tu boleh buat beli barangan lain.

Sekarang ada balance lebih kurang dalam RM2. Bayangkanlah!Beli kondom pun tak lepas.

Nursery Nur Iman pun dah minta kenaikan RM5. Daripada RM350 sekarang dah jadi RM355. Alasan kenaikan memang ada dinyatakan. Walaupun hanya RM5 tapi macam-macam boleh dibeli jika ditambah dengan balance susu tadi. Betul tak?

Tak silap AK harga gula juga naik 20 sen mulai September 2012 yang lalu. Itu belum lagi barangan yang lain yang dalam tak sedar sebenarnya harga dah naik.

Memang betul apa yang dinyatakan dalam blog Di Jari Pena Menari dan itu adalah realiti!

Tapi kalau masuk bab gaji dan benefit, rasanya lebih banyak dipihak kakitangan kerajaan. Kakitangan swasta macam kami? Telan air liur je lah.

Apa pendapat anda?





7 comments:

  1. hehehhe.. rasa nya ulasan AK lebih baik dr saya.. TQ... sharing is caring...hehe..:)
    tu lah kan kakitangan swasta mcm sy juga telan air liur je tiap2 tahun.. harga barang2 skrg memang amat membebankan...tak berbaloi dgn duit yg kita ada...:(

    ReplyDelete
  2. yup....yg best kakitangan awam jerr...private sector ni putih mata jee... :-(

    ReplyDelete
  3. @aTieYusof Family dulu byk boleh beli, skrg sikit je..mmmmm..kerajaan kena lakukan sesuatu

    ReplyDelete
  4. @Ita Ariff putih mata dan telan air liur je.hehehe

    ReplyDelete
  5. kakitgn awam basic rendah berbanding org yg keje private...huhu...

    ReplyDelete
  6. bila gaji kakitangan awam naik,harga barang pun ikut naik..padahal kakitangan awam tu berapa kerat je..yang kerja swasta ni yang ramai...

    ReplyDelete
  7. @diana a'ah macam betul je kenyataan diana tu...wahida> basic je rendah elaun sana sini..tul tak?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates