Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 4, 2012

7 93% Sokong Kelantan Dapat Royalti Minyak & Gas


KUALA LUMPUR: Sebanyak 35,807 telah mengundi dalam Sistem Undian Online R, dan terdapat 5,710 undi rosak/berulang tidak dikira dalam tempoh 24 jam sejak ia dilancarkan 3 Disember semalam.

Menurut blog R Tuntut Royalti www.royaltikelantan.com, undian yang sah adalah 30,097 undian sahaja, 28,062 dari mereka menyokong dan 2,133 membantah.

Sebanyak 93% iaitu 28,062 undi pengguna media baru Facebook di Malaysia menyokong Kerajaan Kelantan mendapat royalti gas dan minyak.

Terdapat 2,133 undi yang membantah mewakili 7% daripada undian online tersebut.

Keputusan ini memberikan gambaran bahawa pengundi media baru yang majoritinya adalah anak muda lebih cenderung menyokong tuntutan royalti Kerajaan Kelantan berbanding dengan pihak yang menolak.

Strategi kempen NGO R dalam menggunakan media baru sebagai platform kempen dan penerangan rasmi disamping sokongan media cetak adalah sangat berkesan bagi mendekati rakyat Kelantan.

Peningkatan pengguna internet negara ini dijangka meningkat daripada 47% kepada 73% menjelang akhir tahun ini hasil daripada kajian ERICSSON ConsumerLab adalah memberikan impak signifikan kepada kempen media baru yang lebih agresif.

sumber: HarakahDaily

Walaupun AK bukan orang Kelantan tapi AK sokong royalti diberikan kepada negeri Kelantan. Apa pendapat anda?

7 comments:

  1. Sokong sbb itu mmg hak diorang...dgn duit tu jugak diorg nk develop negeri diorg...

    ReplyDelete
  2. Ya betul tu..mmg 110% sokong diberikan kepada kami.itu hak kami

    ReplyDelete
  3. wow!! peratusan yg tinggi tu...

    ReplyDelete
  4. @wahida keadilan mesti dituntut. Betul tak?

    ReplyDelete
  5. saya sokong..itu kan diaorang punya..tak de sebab diaorang tak boleh dapat royalti..

    ReplyDelete
  6. sokonggggg....
    mmg ituew hak depa.. jgn disekat kan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates