Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 28, 2011

2 Harimau Malaya Kalah Lagi!

Harimau Malaya kalah lagi! 

Aduh apa lagi yang nak dikatakan dengan skuad Ong Kim Swee setelah memenangi pingat emas temasya Sukan Sea Indonesia tetapi persembahan mereka merosot apabila dimalukan oleh pasukan Bharain dan Syria di halaman sendiri.

Semalam abah menyaksikan perlawanan di rumah mak mertua di Penang, rasa confindence dah tengok aksi Malaysia pada separuh masa pertama untuk mengalahkan Bahrain tapi....patah hati abah apabila masuk separuh masa kedua dan tiba masa penghujung Malaysia tewas 3-2 dengan Bahrain!

Hasil jaringan Nazmi Faiz Mansor pad minit ke-30 dan  Mahali Jasuli untuk gol kedua pada minit ke-66. Time ni abah yakin dah Malaysia mampu menundukkan Bahrain.

Namun segalanya hancur musnah apabila sepakan gunting Saad Salah terus menerjah gawang Harimau Muda pada minit ke-80 membuatkan skuad Malaysia terkedu. Tak lama lagi dua jaringan muncul dan hasilnya tiga jaringan.

Apa yang abah perhatikan setelah Nazmi Faiz dikeluarkan seolah-olah Malaysia hilang arah tuju, tambahan pula pemain Harimau Malaya masih dibelenggu dengan masalah kecederaan.

Masih ada baki tiga perlawanan, semoga anak-anak buah Ong Kim Swee mampu melakukan sesuatu. Sekiranya tidak dapat ke perlawanan kalah mati Sukan Olimpik, sewajarnya Malaysia memaparkan perlawanan yang cukup mengagumkan.

Tak naklah jadi pasukan belasah sahaja. Tul tak?



2 comments:

  1. agaknya lah kot..kena suh renjer supply ikan sungai ni..hehehe. takpun suh khairul bawak siar-siar depa nek kereta tu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates