Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 20, 2011

26 Kerana Lembu Adik Abah Cedera Parah

Apalah nasib adik lelaki abah yang sorang tu, masuk kali ni dah tiga kali accident dengan lembu. Alhamdulillah umur dia masih panjang lagi tapi umur lembu tu tamat di atas jalan raya.

Hari ini ko masuk blog plak lembu!

Tekejut abah bila mak abah yang baru semalam balik Kuantan setelah dia datang ke rumah abah dan kami pulang ke Sungai Besar telefon abah cakap adik accident. Berdebar jantung abah bila dengar perkara tu.

Kalau langgar sampai lembu mati mesti terukkan adik abah. Nasib baik tak koma. Cuma belakang badan dia terkopak kulit sebesar tapak tangan, lepas tu tumit kaki dia terkupas kulit dan ada calar-balar sana-sini. Abah dengar pun naik seram dibuatnya.

Masalah lembu sentiasa berkeliaran di kawasan jalan, almaklumlah di kawasan felda. Memang ramai dah yang accident dengan lembu ni. Tak percaya tanyalah masyrakat felda.

Tapi yang abah betul-betul panasnya owner lembu ni diaorg akan mengaku anak lembu yang baru dilahirkan adalah anak lembu mereka. Sanggup gaduh-gaduh demi anak lembu. Tapi bila accident dengan lembu sorang pun tak mengaku itu lembu mereka.Takut kena penumbuk.

Pergi test DNA lah kalau nak tau tu anak lembu sape! Hal yang lebih serius tak pernah difikirkan.

Itulah sikap masyarakat kita. Ternak lembu nak tapi biarkan berkeliaran dan membahayakan nyawa orang lain. Lembu memang suka duduk di atas jalan raya sebab suhu Tar yang panas. Kalau bawak laju memang tak sempat nak elak. 

Jiran-jiran abah di kampung memang ramai yang dah kena. Habis remuk kereta yang paling terbaru masa awal tahun dulu sampai pakcik tu kena buat pembedahan usus sebab usus bengkak disebabkan berlanggar dengan lembu.

Pihak berkuasa tempatan sepatutnya ambil serius perkara ini.

26 comments:

  1. sian adik laki abah,sib bek tak da apa2,tu lah owner lembu tu kena la bertanggungjawab

    ReplyDelete
  2. iskhh, cian nye adik...

    penah gak tgok tv psl org rebut lembu ni, tpi klu lembu dia uat hal time tu tak ngaku kan...huhu

    buat rondang pun sodap!

    ReplyDelete
  3. tak sempat buat rondang dah kiok..ahahha..syukur adik tk patah-patah tulang

    ReplyDelete
  4. Salam AB,

    "Inalillahiwainailaihirojiun" semuga di masa depan beliau lebih berhati hati...insyaallah ...aaminnn.

    ReplyDelete
  5. semoga adik abah cepat sembuh.. sembelih je lembu2 tu..tengok ada tak yg nak ngaku..hahaha..

    ReplyDelete
  6. Lembu tu dah tentulah tak ada akal. Tuannya????

    ReplyDelete
  7. rasanya ini masalah
    yang tak pernah selesai
    di kampung2

    balik raya baru2 ni
    pun berjalan sambil
    mengelak tahi lembu..haruuu

    ReplyDelete
  8. ahaha..bak kate sorg kenalan kaklimah
    "nak bela lembu bia jadi tuan lembu, bukan jadi lembu" huhu :P

    ReplyDelete
  9. tekupas kupas kulit..ngeri aku baca..
    blh lembu test DNA hahahahaha

    ReplyDelete
  10. takde pihak yang pantau ke..
    nak suruh owner pantau memang idak le kan???

    ReplyDelete
  11. hehe ... betul la tu kalau masuk felda .. lembu mmg merata2 ...

    Hai .. salam kenalan yea ..

    ReplyDelete
  12. tuan lembu tu yg patut dipersalahkan..

    ReplyDelete
  13. adehhhhhhhhhh!~ iols terasa ngilu bila baca bab luka terkopak bagai tuh!

    moga adik abah cepat sembuh ye!

    ReplyDelete
  14. kat opis sy dulu pun 3 org staff terlanggar atau dilanggar lembu..nsb baik tak apa2..itulah mslhnya dikg2..bak kata kakcik lembu meng tk berakal..tuannya?

    ReplyDelete
  15. smoga semuanya baik2 saja =)

    ReplyDelete
  16. kat felda renjer pun macam tu jugak..dah 2 orang member mngal langgar lembu.. tuan lembu tah kemana..semua xmngaku dah...

    ReplyDelete
  17. hmm..masalah ni mcm tak boleh selesai. nampak simple, tapi takde penyelesaian.

    terkenang dulu2 masa dok gemenceh, ns..kat jln utama yg besar tu mmg selalu lembu melintas/melepak.

    ReplyDelete
  18. kalau jadi macam nietak ada sapa nak ngaku lembu dorang...

    alhamdulilah...selamat..

    ReplyDelete
  19. hemm kat felda cik ana pon pnh jadi..
    bile jd,tuan lembu pon jadi LEMBU

    ReplyDelete
  20. kena ada kesedaran diri baru semua ni xjadi kan..

    ReplyDelete
  21. Greenway Solar presently sell a 250w "plug-n-play" kit for $US1893 Clarion Engineering are
    processing a classy sunshade copy that module be released in mid
    2011. In a solar panel you get the silicon surrounded by a protective material and the two are framed in a metal frame.
    There are many different types of solar fountains to enjoy and adorn your landscape.


    my page; Solarstrom

    ReplyDelete
  22. Wow, this paragraph is pleasant, my younger sister is analyzing such things, thus
    I am going to tell her.

    Take a look at my weblog: concept map

    ReplyDelete
  23. Hello to all, it's genuinely a good for me to visit this web page, it includes priceless Information.

    Also visit my homepage; window seat cushions

    ReplyDelete
  24. Regularly woman stress developed into noticeable was at the most important promiscuous manners your girlfriend start to do.
    Because you want to bread loaves of bread, you probably won't be required to pay for all you extras found in a convection toaster oven. Keep in mind that you may have factor massive simple to use. Grapes which point out all of our gorgeous natural light usually some acid nuts; citrus, grapefruits, grapefruits (dark red orange and moreover green), mandarines, tangerines, pomelos and therefore limes. I have found microwaves modify by employing knobs. Some of the Breville BOV800XL is definitely a great looking toaster.

    My web blog fastest toaster ever - toasterovenpicks.com -

    ReplyDelete
  25. What's up, I check your blogs regularly. Your story-telling style is awesome, keep it up!

    My web-site :: Michael Kors

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates