Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 27, 2011

9 Yang biasa kita lihat di penghujung ramadhan

Alhamdulillah malam ni abah diberi kesempatan dan peluang untuk menunaikan solat tarawikh di masjid Padang Benggali.

Sebelum tidur dan sambil dengar lagu Asma Allah,abah nak update blog kejap,ur iman dan wife dah tidur. Td pergi masjid dengan mak mertua.

Perkara yang biasa kita lihat di penghujung ramadhan adalah:
A)di masjid
Saf penuh diawal ramadhan tapi lengang dihujung ramadhan. Geleng kepala pak imam tengok.

B)di shopping  koMpleks
Pnuh bersesak sesak memilih pakaian untuk raya. senyum tauke kedai.

C)di jalan raya
Berpusu-pusu kenderaan hendak pulang ke kampung halaman.

D)di hospital
Wad kanak-kanak penuh akibat cedera parah main mercun. katil juga terpaksa ditambah ekoran banyak kemalangan jalan raya.

E)di kampung
Pelita siap dipasang,atuk nenek senyum riang menyambut kepulangan anak cucu. rumah telah dihias,lemang telah mula dibakar. bunyi mercun menambah kehangatan aidillfitri.

F)di kota
Jalan lengang dan yang tinggal hanyalah mereka yang tidak mempunyai kampung ataupun terpaksa bertugas semasa hari raya.

G)wanita
Dah siap dengan beberaoa jenis baju yang akan dipakai semasa aidilfitri nanti. tkde baju baru,kasut baru,tudung baru,ranbut baru memang tak meriah raya

H) lelaki?
Abah rasa serba ringkas. dah abah lelaki tak komen byk.korang komen lah ye

I)Kanak-kanak
Bagi kanak-kanak perempuan bIasanya tempah atau cari baju yang poketnya lebih besar daripada biasa.tujuan untuk simpan duit raya

J)di majalah
Banyak gambar artis memperagakan pakaian raya sambil berpelukan dan berpegangan tangan.


Tapi yang jarang kita lihat adalah:
Tangisi pemergian ramadhan. kita tidak tahu samada berpeluang bertemu dengan ramadhan akaln datang.

Apa yang abah kongsikan sekadar apa yang abah perhatikan. mana yang baik boleh dijadikan panduan.

9 comments:

  1. last2 ramadan ni, org kurg kt masjid sbb msg2 sbuk berniaga...xpun shopping.. terbalik suda.~

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah cheqna bukan kategori wanita yang abah sebutkan...
    x de baju kasut or henbeg baru bukan satu masalah bagi cheqna...=)

    ReplyDelete
  3. fara mengis ramdhn nak pergi
    abh nmpk x??
    heee :D

    ReplyDelete
  4. Betul tu, ramadhan pergi, syawal mengganti, abah keje ke Umah kt gombak? Kita Jiran arrr ;)

    ReplyDelete
  5. setuju2..:)
    laki memang simple je kan..
    tak beli baju raya pun tak kisah..huhu
    nape la pompuan tak jadi macam tu..huu

    ReplyDelete
  6. betulllll.. harap2 kita bukan termasuk golongan yg terlalu gembira ngn pemergian ramadhan

    ReplyDelete
  7. kadang2 belnja berlebihan time nak raya..soping sakan..mcm tak ingat dunia..lepas raya pokai...sian yer...

    ReplyDelete
  8. betul tu abah! stuju sgt.. tp malam raya perasaan bercampur baur..tak tahu nk ckp sedih ke gembira heh..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates