Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 25, 2011

8 Fathiah Hamim, you're the winner!

Tahniah buat Fathiah Hamim dengan blognya (http://bloqkami.blogspot.com/) kerana telah berjaya menambat hati abah dan wife dengan nostalgia lagu raya bertajuk Ku Pohon Restu Ayah Bonda nyanyian Mamat.

Kepada bloggers lain yang ambik serta Nostalgia Lagu Raya dan Anda cukup menarik dan menghiburkan, ada yang cukup sedih dan pilu bila membacanya dan ada juga yang cukup kelakar seperti Ketam Batu. Susah abah nak tentukan pemenang.

Namun macam mana-mana contest pasti akan ada yang menang dan kalah. List penyertaan di sini ye.

Menarik cerita mereka, jemputlah tengok ok.


Baca cerita Fathiah Hamim, abah teringat arwah ayah abah manakala wife teringat arwah ayah dia..arwah ayah abah meninggal pada 13 Syawal pada tahun 2008 manakala arwah ayah mertua meninggal sebulan kemudian kerana ketumbuhan dalam otak. Macam mereka berjanji pula.

Pemergian arwah ayah abah dengan tiba-tiba menyebabkan abah tak tentu hala selepas menerima panggilan telefon daripada mak abah pada pukul 4.00 pagi. Dia dimasukkan ke hospital akibat penyakit kencing manis..Doktor pelatih yang merawat abah pun satu hal. Boleh plak tanya "Kenapa dengan pakcik ni? Berpeluh-peluh?" Tak belajar ke orang kencing manis tak cukup atau terlebih memang macam tu!

Lepas tu bagi insulin tak betul menyebabkan keadaan arwah ayah bertambah teruk..Abah sedih betul tak dapat jaga dia. Tiba-tiba je dia pergi tanpa sempat cakap apa-apa pun. Raya tahun tu sempat abah hulurkan duit gaji pertama abah kepadanya dan bayarkan duit muka kereta untuk dia.

Huhuhu..taknak cerita dah.Sedih rasanya..Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang beriman.

Oklah cukuplah setakat itu, so kepada Fathiah Hamim sila emailkan nama penuh anda akaun maybank atau cimb atau mana-mana bank pada abah (azizulidrus@gmail.com) . Tapi lebih cantik kalau guna maybank atau RHB bank, senang abah nak transfer duit raya tu ok! 

Tahniah kepada anda dan buat yang lain kalau abah ada anjurkan contest lagi joinlah ye..Mungkin anda pemenang seterusnya. 


8 comments:

  1. hehe
    wahh dpt duet raya ye jiran sye tu
    bole la paw die
    hehehe :D

    ReplyDelete
  2. APAKAHHH??? SAYA MENANG??? ALHAMDULILLAHHH. Lepas bayar duet bil telipong. hehehe

    mekaseh abah!

    saya pun tak leh nak cerita panjang pasal arwah, sedeh. :(

    al-fatihah.

    TERIMA KASEH SEKALI LAGI dekat abah dengan isteri. hehe

    ReplyDelete
  3. wah3..best la fa, belom raya
    dh dpt duit raya

    tahniah fa!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates