Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 8, 2011

3 Bulan ini bulan Kemerdekaan + Ramadhan + Aidilfitri

Sedar ke tak kita, sekarang dah masuk lapan hari berpuasa di Bulan Ramadhan..pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu..pantas betulkan..

dan...

sedar atau tidak kita, bahwa bulan ini juga merupakan bulan yang cukup bersejarah iaitu bulan kemerdekaan.

Bulan ni cukup bermakna kerana kita bukan sahaja menyambut bulan kemerdekaan dan bulan Ramadhan malah hari yang dinanti-nanti iaitu Aidilfitri juga kita akan sambut dalam bulan Ogos..3 in 1.


Yang bestnya cuti pun panjanglah kan...30 Ogos, 31 Ogos cuti dan 1 September pula cuti ganti..cuti lagi..sesetengah company bagi cuti Isnin..free cuti lagi..

InsyaAllah 30 dan 31 nanti kita akan menyambut hari kemenangan selepas sebulan berpuasa dan hari sambutan kemerdekaan akan ditunda pada 16 September iaitu hari Malaysia Day..sambut sekali time tu..Almaklumlah kalau dah raya confirm orang nak berarak raya bukan nak berarak sambut kemerdekaan..hehehe..

tanggal 31 bulan lapan 57
hari yang mulia
hari yang bahgia
sambut dengan jiwa yang merdeka
mari kita seluruh warga negara
ramai-ramai menyambut hari merdeka!
merdeka!

mesti korang ingat akan lagu yang cukup sinonim dengan bulan kemerdekaan ni kan..tiba-tiba je semangat membara kalau menyanyikan lagu ni..kalau tidak maksudnya kuranglah tu perasaan cinta terhadap Malaysia.

dalam kita menghayati bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini janganlah kita lupa akan bulan kemerdekaan Malaysia, susah payah orang dulu-dulu ingin memerdekakan tanah melayu, bergolok gadai, mempertaruhkan nyawa mereka...sanggup bermati-matian demi negara yang tercinta.

Mungkin sekarang ni kita tak perlu nak angkat senjata, keris untuk menentang musuh kerna kita sudah lama merdeka..sudah 54 tahun kan..Alhamdulillah..Apa yang perlu ada MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN yang selama ini kita kecapi daripada anasir-anasir yang cuba memusnahkan dan memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Abah teringat kata-kata Pak Ngah kepada wife yang umurnya dah mencapai 90 tahun lebih masa pergi ke rumah beberapa bulan lepas"Pak Ngah dulu time jepun ada takut nak keluar rumah, silap-silap kena pancung..makan ubi kayu je" cerita pak ngah. Time tu bercerita pasal basikal tua dia..teringat dia zaman-zaman dulu.

So, korang dah apply cuti ke? Yang mana student tu of course confirm memang ada cuti, yang bekerja tu plan lah cuti..almaklumlah kena beraya belah keluarga sendiri dan keluarga wife..kena apply lama sikit. jangan gaduh sudahlah berebut nak balik mana..hehehe.

Fuhhhh!...tiba-tiba patriotik pulak..sepatutnya Monday blues.

3 comments:

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates