Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 16, 2011

12 Abah dan Simply Siti

Rich in natural nutrients and a unique formulation with Opuntia Tuna Flower / Stem Extract (Nopal), Arbutin, and Korea Pine Tree Extract  helps to hydrate the skin and improve skin tone by inhibiting the production of melanin and breaking  up excess of melanin deposits to effectively lighten the skin. Skin will become more supple, smoother and more radiant.

Gunalah produk Simply Siti, anda pasti akan teruja dengan perubahan wajah baru anda!

Abah merupakan lelaki pertama di Malaysia yang telah menggunakan produk Simply Siti...Errr..kejap-kejap! Macam mana boleh tersalah taip ni?Ahaaaakkkssss..

Abah tipu je. Abah mana ada guna Simply Siti ni, kulit muka abah lebih sesuai tenyeh dengan sabun mandi sahaja, pasal kulit muka abah memang bersih dan tiada jerawat. Jangan jeles ok!

Kenapa plak abah tetiba je duk promote Simply Siti ni? Dah baca entri ahad lepas..Bila Wanita Shopping. Kalau belum baca baik baca dulu. Tengok ramai suami mitahli di sudut-sudut pusat membeli belah.

Ahad lepas pegi teman wife shopping handbag, pastu tengah syok-syok masukkan roti dalam mulut Nur Iman, tetiba tertengok seseorang yang macam pernah tengok iaitu Datuk Siti Nurhaliza, isteri Dato' K yang merupakan Presiden Simply Siti dan juga penyanyi pujaan No. 1 negara.

Kebetulan plak time tu ada kamera apa lagi abah pun ambik kesempatan ke atas Datuk Siti. Ambik gambar je ok!

Datuk Siti time tu ada duk wat demo + sign autograf  kepada sesiapa yang ada beli produk Simply Siti. 

Korang tau tak hari tu dah lah sale gila-gila tapi yang bestnya tak ramai pun tahu Datuk Siti ada kat dalam Sogo. Dia duk tingkat bawah tu, yang bahagian pasaraya bawah tu..

Bayangkanlah kalau Management Sogo wat annoucement pasal kehadiran Datuk Siti, confirm kosong tingkat lain pakat serbu kumpul dekat tingkat bawah serbu dekat Tok Ti..ahahahaa... Pandai betul lah management Sogo ni. Buat senyap-senyap.

Sebab tak ramai orang sempat lah abah snap beberapa picture Datuk Siti sambil dukung Nur Iman. Seksa woooo..nak tunjuk kat wife punya pasal bukti abah jupa Siti Nurhaliza. Kang takde gambar tak percaya.

Meh kita tengok gambar Datuk Siti Nurhaliza. Sorilah kualiti gambar tidaklah sebagus mana. Almaklumlah hanya menggunakan Canon IXUS 951S.

Untung baby ni Datuk Siti peluk dan pegang. Datuk Siti bila nak ada anak pulak?

Wanita ni siapa peluk cium Datuk Siti. Kalau abah beli produk Simply Siti maybe berpeluang peluk, cium pipi Datuk Siti jugak kot. Pastu tak dapat pelempang dengan wife abah dapat terajang dengan Datuk K.hehehe.

Ni time Siti Nurhaliza nak keluar dari Sogo dah..Serius memang tak ramai sangat orang. Amacam kulit dia licinkan. So gunalah produk Simply Siti!


Tajuk hebat sangat Abah dan Simply Siti. Tapi gambar abah langsung takde pun dengan Datuk Siti.hehehe..

On the way balik dari Sogo, abah cakap dekat wife yang abah jupa Datuk Siti. Tak Caya dia..abah suh wife tanya Nur Iman.ahaaaaksss... Nur Iman tau apa. Makan minum lari-lari je dia tau.

Tulah abah kol tak reti nak angkat. Teruja sangat dengan sales Sogo tu..

So gambarlah sebagai bukti Abah dan Simply Siti. Kira ni gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza ni.

Raya dah nak dekat, jom join Nostalgia Lagu Raya dan ANDA

Nak join GENG ABAH?

12 comments:

  1. bestnya dapat tengok ct dr dekat..mesti lawa kan

    ReplyDelete
  2. abah nisa dah gune , tapi x sesuai dgn kulit . terus b'hnti .

    ReplyDelete
  3. waaa...jeles la abah dah jumpa siti
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. Siti cantekk sangat! dah lar sore sedap. waaa ^^V

    ReplyDelete
  5. wah, teruja ek abah jumpa datuk siti,

    kalau abah nak tahu, tapi jangan jelessss...pada kakak sebab akak tak pernah jumpa datuk siti hihihihiii

    ReplyDelete
  6. ari jumaat tu gi sogo de jurujual simplysiti ckp siti dtg ahad, tp takut nak gi sogo ahad, sbb sure jam ngan ramai giler org..

    ReplyDelete
  7. kikiki...len kali amiklah gambar abah ngan siti gak..

    ReplyDelete
  8. belum try lg la abah. aritu lak kecoh halal x halal, lagila lom bertry :) insyaAllah pas ni leh try la :)

    ReplyDelete
  9. nak try jgk...
    tp takut pulak heheh....

    ReplyDelete
  10. ayah den pun basuh muka pakai sabun mandi jo...

    * gmbr WW smlm kat Langkasuka Resort,Langkawi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates