Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 29, 2011

12 Biar bersepah, asalkan makan

Sebenarnya abah nak guna "Learn More, Play More" untuk tajuk entri hari ini, tetapi abah tukar dengan tajuk "biar bersepah, asalkan makan" Korang tengoklah dulu video Nur Iman ni, abah malas nak cakap lagi.


Da abis tengok? Itulah Nur Iman Khalisha anak abah dan ibu. Sekarang dan berumur 1 tahun 8 bulan. Nak makan je nak suap sendiri. Tapi sebenarnya nak main je lebih. Yang masuk dalam mulut berapa suap je.

Tapi, kalau tengok balik video ni, kalau kita tak benarkan anak-anak pegang sudu dan suap sendiri sampai bila nak pandai makan sendirikan? Betul tak? betul juga abah rasa.

Itu sebab abah guna tajuk biar bersepah asalkan makan. Kalau kita suap memang dia taknak makan punya. So bagi jelah sudu tu biar dia makan sendiri dan belajar sesuatu yang baru. Itu baru Play more, learn more bak kata abang Milo.

Sebenarnya inilah antara cara-cara menggalakkan anak untuk makan. kalau sebelum ni abah pernah buat artikel berkaiatan kenapa anak susah untuk makan. Mungkin ini boleh dijadikan salah satu caranya buat kanak-kanak yang berumur 1 tahun dan ke atas.

 Nak makan dengan sudu pastu suap sendiri. Bubur nasi ni beli dekat pasar malam sekat Stadium Selayang.

Tengoklah aksi dia, sibuk nak letakkan makanan atas kerusi hijau dia. Baju plak habis kotor.

Inilah hasilnya. Itu yang abah cakap biar bersepah, asalkan makan. Buah mata kucing pun dia makan. Seb bek biji dia tak makan.
Dah kenyang apa lagi, time main lah plak. Habis bersepah mainan dia buat.

Itulah gelagat anak kesayangan kami. Pening juga kami melayan dia. Macam manalah kalau anak dah ada tiga atau empat? Korang macam anak ramai? Cer cite? Cer cite pengalaman sikit.

12 comments:

  1. Abah,kiutnya iman nie.Btol la tu,biar dia belajar berdikari dari kecik.Hehe

    ReplyDelete
  2. betul..!! ibarat belajar dari pengalaman... biar otak budak lebih berkembang.. baru cerdik kan..:)

    ReplyDelete
  3. anak ai 6thn pow malas nak makan...layan benda merapu laju plak...owh sgt stress biler tgk badan kuruih gitew

    ReplyDelete
  4. xpe la abah... comot pun asal dia makan kan... tp bgs gak iman nak gak makan... anak sy makan sikit2 jer, skang dah masuk tadika lg la cikgu dia dh x bg minum susu... minum susu kt umh ja.... lg kurus badan dia...

    ReplyDelete
  5. kena training cam askar baru ble tahan sikit

    ReplyDelete
  6. terima kasih lawat blog saya.. bila anak dah ramai setengah orang jei s tak kira sangat asal anak2 membesar dengan baik dan bersepah sikit kadang pejam mata...

    ReplyDelete
  7. heheh..tp ibunya la nnt jenuh nk cuci carpet penuh bubur nasi...:p

    ReplyDelete
  8. Salam kenalan dan persahabatan...

    ala besepah pun bukan anak ...anak abah juga...

    TQ dtg jengah blog saya..

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan,

    Play More Learn More.... @ bak kata pepatah melayu "Melentur buluh biar dari rebungnya"

    ReplyDelete
  10. ema pun bagi anak-anak makan sendiri..

    ReplyDelete
  11. Nama sama dengan anak saya.. tp nama anak saya Iman Nurkhalisa..sekarang dah berumur 3 tahun 2 bulan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates