Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 1, 2011

7 Ibu Bapa Tiada Masa Punca Murid tidak Bersarapan?

Benarkah kenyataan yang dikeluarkan dalam Kosmo yang mengatakan bahawa lebih 30 peratus murid-murid di sekolah rendah di negara ini tidak mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah? Ibu bapa jawablah sendiri ye.

Mungkin perkara ini sewajarnya diambil berat dan diberi perhatian.

Abah tahu ramai dikalangan ibu bapa akan memberi jawapan tiada masa untuk menyediakan sarapan kerana bila time pagi tu, itu lah masa untuk bersiap diri dan bersiapkan anak-anak, nak hantar anak ke sekolah lagi, nak ke tempat kerja lagi.

Alasan tersebut tidak boleh dijadikan sebagai satu alasan!Kesihatan anak perlu diberi keutamaan.

Malahan ada dikalangan ibu bapa yang memang tidak mengambil sarapan pagi dan dijadikan budaya lalu diterapkan kepada anak-anak.

Apa salahnya jika ibu atau bapa bangun yang tidak bersarapan seawal 5 pagi dan siapkan sarapan pagi yang ringkas dan mudah DEMI anak-anak.

Abah rasa tak perlulah para ibu menyediakan makanan yang heavy seperti nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, mee bandung. Cukuplah sekadar menyediakan roti kukus atau roti sandwish atau roti bakar atau roti telur. Mudah je kan! Kalau itu pun susah beli sahaja koko kruch ke, koko ke, creal ke untuk anak-anak makan.
Hasil kajian pemakanan kanak-kanak oleh UKM dan Dutch Lady Malaysia ini mendapati kanak-kanak gemar makan pada waktu lewat malam dan akibatnya mereka akan mengantuk pada waktu kelas dan seterusnya menjadi punca masalah obesiti.

Bukan sahaja sarapan pagi perlu dititik beratkan, malah makan tengahari dan malam juga perlu diberi perhatian.Anda boleh baca artikel yang abah tulis sebelum ini mengenai masak sendiri@beli segera?.Mungkin boleh dijadikan panduan untuk semua.

Nak ke kita tengok anak-anak membesar dengan penyakit? Ekoran daripada amalan pemakanan yang tidak sihat?

Pesan abah hindarlah dari sekarang.

7 comments:

  1. yer ke,tapi saya seawal 5 pg sediakan sarapan dan bekalan untuk anak-anak.hehe

    ReplyDelete
  2. anak saya masih kecil lagi lom sekolah .tapi saya akan ikut jejak langkah mak saya bangun pepagi buta untuk siapkan sarapan anak-anak bile mereka mula sekolah. wajib sarapan sebelum pergi sekolah!...

    ReplyDelete
  3. Salam...ada juga kanak2 sekolah yg enggan menyentuh sarapan pagi dgn berbagai-bagai alasan. Ada ibu bapa yg membekalkan makanan utk sarapan tetapi makanan kantin juga yg dicari. Mungkin lebih penting ialah didikan kepada seisi keluarga utk bersarapan pagi bersama2 setiap pagi. Mungkinkah juga faktor lalu lintas yg sesak teruk di awal pagi (khasnya di KL ni) membuatkan seisi keluarga bergegas seawal 6.30 pagi setiap hari utk ke sekolah dan ke pejabat?

    Entry terbaru Hospital Mahal Layanan Kureng

    ReplyDelete
  4. hello abah....salam..
    silap tu..ay pagi2 dah wat sarap tuk anak2...tapi diorang x sentuh pun...diorang kata..kalo makan awal sangat nanti sakit perut....lalalalalala

    ReplyDelete
  5. x sempat kat rumah makn dlm keta
    jnji ada

    ReplyDelete
  6. dulu masa kecik2 pagi2 mak buat telur separuh masak

    ReplyDelete
  7. blm de anak..just buat bekfas tuk hubby je huhuhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates