Eiiii..budu busuknya! Itu bagi sesetengah orang, tapi bagi abah budu memang pembuka selera abah untuk makanan berbuka petang ni.
Dah yang paling best lagi adalah bila budu itu dicicah dengan ikan goreng yang betul-betul panas dan diselitkan dengan ulam raja...ha tengok ada yang meleleh air liur dah ni.
Bila sebut ulam raja, hari ini adala hari kedua abah makan ulam raja setelah 26 tahun hidup di dunia dan kali pertama makan ulam raja adalah pada minggu lepas..Macam tak percaya je kan? Itulah hakikatnya abah memang benci sayur-sayur ni.. Start makan sayur pun bila dah berkahwin.
Minggu lepas bali Kuantan, so kt keliling rumah mak ada tanam, pastu kutiplah sikit untuk wife makan..Pastu dah balik KL abah try lah makan time berbuka last week...ehhhhhh..tk cukup plak..sedap pulak rasanya..hehehe..
"Ko ni bila nak besar kalau tak makan sayur?,"bising arwah abah masa abah iman ni kecik-kecik dulu..memang abah tak makan sayur kecik-kecik dulu sebab tu abah kecik je walaupun dah besar..Itu yang nak bergambar dengan Maya Karin pun segan..rendah je nampak kang.
Lauk berbuka hari ini adalah ayam lemak cili padi, sayur campur, ikan goreng, sotong masak asam, ayam goreng tepung dan paling BEST adalah ulam raja dan budu..Menu hari ni adalah hasil kerjasama wife dan abah..tolong-menolong lah katakan.
Apa khasiat ulam raja??bagus ke untuk kesihatan?
Abah baca dekat laman web Bio Asli mengatakan bahawa ulam raja ni dapat memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan toksid. Malah ia dikatakan dapat menguatkan tulang.
Pagi tadi kami ke pasar selayang untuk cari sotong, ayam, sayur-sayur dan ulam raja..yes jupa ulam raja..so abah pun beli lah seikat RM1 harganya..Nasib baik jupa kalau tak kempunan nanti.
Kepada yang tak pernah makan baik start berjinak-jinak makan...rugi woooo..sedap wooo..Selamat berbuka semua dan jemput makan.
Korang pula berbuka menu apa hari ini??



