Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Friday, January 4, 2013

15 Petua Elak Senggugut

Anda kerap mengalami senggugut ketika haid? Pasti menyakitkan bukan? Biasanya kaum wanita pasti akan ambil panadol ataupun pain killer. Betul tak?

Namun ada sesetengah tu sanggup tahan sakit tersbut.

Oklah kali ini AK ingin kongsikan petua elak senggugut. Mudah-mudahan dapat membantu.

BACAPetua Dapur : Menghilangkan Hanyir Daging

Bagi wanita yang sering kali mengalami senggugut, anda boleh mencuba petua ini untuk mengelakkan kesakitan.

 "Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Pastikan kuantiti kedua-dua bahan sama banyak. Makan selama seminggu sebelum haid."

Selamat mencuba!

Sumber: Majalah Mingguan Wanita November 2012

15 Petua Dapur: Merangupkan Ayam Goreng

Siapa suka makan ayam angkat kening!hehehe.

Suka ayam goreng yang garing, sedang atau separuh masak?

Kalau suka yang garing dan rangup sini AK kongsikan dengan anda petua merangupkan ayam goreng.

"Ayam yang digoreng akan menjadi tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupannya, masukkan sebiji telur ayam semasa menggaul ayam bersama garam dan kunyit. Kemudian goreng ayam seperti biasa."

Selamat mencuba petua ini!

Sumber : Majalah Mingguan Wanita - Keluaran November 2012

Ingat lelaki tak bleh baca majalah wanita ke?hehehe.  

Tuesday, January 1, 2013

10 Petua Dapur : Menghilangkan Hanyir Daging

Suka makan daging tapi tak tahan bau hanyir darah daging? Terutama bau daging segar yang baru sahaja disembelih. Memang cukup meloyakan bukan?

Ok, kali ini AK nak kongsikan mengenai cara menghilangkan hanyir daging.

"Cara mudah mengatasi masalah ini ialah membasuh daging dengan menggunakan aiar basuhan beras. Basuh sehingga daging putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga hilang"

Diharap petua ini mendapat menghilangkan ataupun mengurangkan hanyir daging. Selamat mencuba tau!

BACA Petua Dapur: Cara Mudah Kopek Udang

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Apa ingat orang lelaki tak boleh baca majalah wanita ke?

Monday, December 31, 2012

12 Petua Dapur: Cara Mudah Kopek Udang


Ibu..ibu..bapak..bapak...meh AK nak kongsikan petua dapur iaitu petua cara mudah kopek udang.


"Bagi memudahkan anda mengopek udang, campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. kemudian rendam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya"

Selamat mencuba petua ini.

Sumber: Mingguan Wanita, November 2012.

Apa ingat orang lelaki tak boleh baca majalah wanita ke?

Tuesday, December 11, 2012

8 Petua Elak Panas Badan Selepas Makan Durian

Kalau perhatikan sekarang ni di tepi-tepi jalan memang berlonggok buah durian. Lagi best sekarang ni ramai peniaga menjual penuh satu plastik hanya RM10.

So pandai-pandai pembeli untuk memilih samada yang kecil, sedang-sedang atau yang besar janji muat-muat satu platik besar yang disediakan sahaja.

Ahad baru ni lepas beli stok sotong, udang dan ayam di pasar borong Selayang, AK ternampak ada jualan lelong durian penuh plastik hanya untuk RM10. Apa lagi terus parking tepi dah pegi pilih dengan wife.


Sampai je rumah terus belah dan makan. Wife AK memang suka sangat makan durian tapi kalau dah sebiji durian dia boleh telan agak-agaklah. Kang sakit kepala, panas, migrain siapa susah. Cik abang ni juga yang nak kena picit kepala ye tak?


Nur Iman macam ibu dia juga suka betul makan durian. So kalau banyak makan durian biasanya orang cakap badan akan panas, tekak sakit, mulut kering dan macam-macam lagi.



Makan sedap dah sakit-sakit salahkan durian. Tul tak?

Siapa suruh makan durian?

Ha tengok durian juga yang dipersalahkan.

Sempena lambakan durian yang banyak dipasaran dengan harga yang cukup murah, AK nak kongsikan petua elak panas badan selepas makan durian. Ini petua orang-orang tua.

1. Ambil pangsa buah durian dan tuangkan air di dalamnya lalu minum. Selawat 3 kali InsyaAllah tiada panas badan. Macam Nur Iman buat ni.



2. Ambil sedikit garam dan cuitkan sedikit di lidah.

3. Senang cerita minum air kosong banyak-banyak. Kalau dah makan dekat 3 hingga 4 biji tu korang minumlah air kosong satu baldi.

Ok rasanya kalau pembaca-pembaca dan blogger-blogger yang lain ada petua yang dapat membantu mengelak badan panas selepas makan durian boleh share ye.

Ada petua lain? kongsikan ye

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates