Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label pahala. Show all posts
Showing posts with label pahala. Show all posts

Friday, November 23, 2012

0 Amalan Mudah Dapatkan Pahala

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, terasa ingin berkongsi sesuatu yang cukup bermakna buat kita semua.

Apa yang pasti setiap orang mempunyai amalan sendiri untuk mendapat pahala iaitu saham yang cukup penting semasa di akhirat nanti.


Tak salah rasanya kita saling memperingati dan berkongsi kebaikan mengenai amalan yang cukup untuk kita dapat pahala. Mudah-mudahan.

Antara amalan yang cukup mudah kita lakukan adalah:

1. Memulakan sesuatu pekerjaan atau perkara dengan Bismillah.
2. Apabila mendapat rezeki atau berita gembira ungkapkan Alhamdulillah.
3. Berselisih dan berjumpa seseorang ungkapkan Assalmualaikum dan berjabat salam.
4. Dalam perjalanan ke tempat kerja atau pulang apa salahnya berzikir. Paling kurang pun 5 minit dah memadai.
5. Sekurang-kurangnya di awal pagi tu fikirkan apa kebaikan yang boleh aku lakukan untuk orang lain.
6. Bersedekah.
7. Doakan untuk kebaikan orang lain.

Rasanya tak susahkan?Mungkin anda semua ada cadangan lain untuk amalan-amalan yang cukup mudah untuk dikongsikan?

Friday, September 30, 2011

27 Sejadah buruk

Alhamdulillah kita bertemu kembali di hari penghulu hari iaitu Jumaat. 

Abah teringin untuk kongsikan sesuatu hari ini mengenai tajuk sejadah buruk. Abah pasti korang mesti pernah sembahyang di surau di shopping kompleks, kawasan RnR, di hospital atau di pejabat tempat korang bekerja sendiri. Mesti pernahkan?


Apa yang korang perhatikan pada sejadah tu? Kadang-kadang dah tak nampak macam sejadah pun ada ditambah dengan bau masam yang cukup mempersonakan. Terus hilang kekusyukkan ketika solat setelah menghidu bau yang begitu menusuk kalbu.

Kalau di RnR kadang-kadang tu memang tak cukup sejadah.

Pernah tak korang dermakan sejadah? Percaya atau tidak selagi ada orang yang menggunakan sejadah yang kita bekalkan pahala akan kita perolehi..Wah sonoknya kan..mudah-mudah je dah dapat pahala.

Murah je sejadah..dalam RM8 pun dah boleh dapat satu. Tak mahal pun..fikirkan saham di akhirat lebih penting.

Wednesday, September 14, 2011

26 Siapa nak pahala percuma?

Cuba angkat tangan siapa yang taknak pahala? Kalau nak meh kita baca ni..

Subhanallah :: Maha Suci (Engkau) Allah

Subhanallah

Subhanallah

Subhanallah

Subhanallah

Seterusnya..

Allahu Akbar :: Allah Maha Besar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar

dan yang terakhir..

Alhamdulillah :: segala puji untuk(mu) Allah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Mudahnya nak dapat pahalakan..Anda buat anda dapat!

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates