Alhamdulillah kita bertemu kembali di hari penghulu hari iaitu Jumaat.
Abah teringin untuk kongsikan sesuatu hari ini mengenai tajuk sejadah buruk. Abah pasti korang mesti pernah sembahyang di surau di shopping kompleks, kawasan RnR, di hospital atau di pejabat tempat korang bekerja sendiri. Mesti pernahkan?
Apa yang korang perhatikan pada sejadah tu? Kadang-kadang dah tak nampak macam sejadah pun ada ditambah dengan bau masam yang cukup mempersonakan. Terus hilang kekusyukkan ketika solat setelah menghidu bau yang begitu menusuk kalbu.
Kalau di RnR kadang-kadang tu memang tak cukup sejadah.
Pernah tak korang dermakan sejadah? Percaya atau tidak selagi ada orang yang menggunakan sejadah yang kita bekalkan pahala akan kita perolehi..Wah sonoknya kan..mudah-mudah je dah dapat pahala.
Murah je sejadah..dalam RM8 pun dah boleh dapat satu. Tak mahal pun..fikirkan saham di akhirat lebih penting.