Ha cer teka..turun lambat naik cepat je? Lain macam je bunyinya ye.hehehe..
Apa yang cepat? Apa yang lambat? Sebenarnya perkara ini memang korang alami sendiri. Turun lambat, naik cepat adalah berat badan.
Ingat tak masa bulan Ramadhan baru ini, selain mendapat pahala kerana berpuasa korang mendapat berat badan yang ideal atau yang diidam-idamkan. Kalau tak banyak turun, sipi-sipi turun pun ada. Itulah antara nikmat yang diperolehi semasa berpuasa.
Ketika ini? Hari ini dan waktu ini macam mana? Adakah berat anda naik berganda atau dua kali ganda daripada berat asal anda? Abah berani jamin memang naik.Confirm!
Daripada berat 54kg jadi 60kg sebabnya OPEN HOUSE di sana sini. Makan rendang, nasi himpit, roti jala, ketupat palas, ketupat nasi, satay dan macam-macam lagi.
Macam mana nak elak daripada berat badan naik terlalu mendadak? Makan banyak kali takpe tapi jangan makan banyak sekali. Clear tak? Maksudnya kalau satu hari tu ada dekat 5 open house better korang makan sikit tapi banyak kali takpe, satu rumah makan sikit ni, rumah len makan sikit ni plak. Jangan pula satu rumah korang makan banyak-banyak, bedal 2 pinggan nasi sekali. Confirm perut sakit dan memang tak lama berat badan lagilah naik.
Balik rumah pergi tengok cermin, besar ke kecik ke? Ramping ke atau memang takde shape langsung?Hehehe..
Wahai cermin ajaib..besarkah aku?



