Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label anak susah makan. Show all posts
Showing posts with label anak susah makan. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

16 Turun lambat, naik cepat

Ha cer teka..turun lambat naik cepat je? Lain macam je bunyinya ye.hehehe..

Apa yang cepat? Apa yang lambat? Sebenarnya perkara ini memang korang alami sendiri. Turun lambat, naik cepat adalah berat badan.

Ingat tak masa bulan Ramadhan baru ini, selain mendapat pahala kerana berpuasa korang mendapat berat badan yang ideal atau yang diidam-idamkan. Kalau tak banyak turun, sipi-sipi turun pun ada. Itulah antara nikmat yang diperolehi semasa berpuasa.

Ketika ini? Hari ini dan waktu ini macam mana? Adakah berat anda naik berganda atau dua kali ganda daripada berat asal anda? Abah berani jamin memang naik.Confirm!

Daripada berat 54kg jadi 60kg sebabnya OPEN HOUSE di sana sini. Makan rendang, nasi himpit, roti jala, ketupat palas, ketupat nasi, satay dan macam-macam lagi.

Macam mana nak elak daripada berat badan naik terlalu mendadak? Makan banyak kali takpe tapi jangan makan banyak sekali. Clear tak? Maksudnya kalau satu hari tu ada dekat 5 open house better korang makan sikit tapi banyak kali takpe, satu rumah makan sikit ni, rumah len makan sikit ni plak. Jangan pula satu rumah korang makan banyak-banyak, bedal 2 pinggan nasi sekali. Confirm perut sakit dan memang tak lama berat badan lagilah naik.

Balik rumah pergi tengok cermin, besar ke kecik ke? Ramping ke atau memang takde shape langsung?Hehehe..

Wahai cermin ajaib..besarkah aku?

Wednesday, July 27, 2011

9 Kenapa anak susah makan?

Nur Iman meh makan meh!
Nganga-nganga…ummmm..sedapkan ibu masak.
Tak sapai tiga kali suap Nur Iman dah melarikan diri. Ibu cuba suap geleng kepala dah dia. Mulut dikemam rapat.

Abah pasti ramai kalangan ibu bapa menghadapi masalah yang sama seperti yang kami hadapi iaitu anak susah makan. Kadang-kadang pening dibuatnya bila anak tidak mahu makan tetapi begitu aktif. Lari ke sana dan ke mari.

Kenapa menda ni terjadi? Ibu-ibu masak tak sedap ke?
Mari abah kongsikan apa yang abah perolehi melalui pembacaan buku Mingguan Wanita yang ibu beli. Antara sebebnya adalah:-

  1. Bosan dengan menu makanan yang sama
Bukan sahaja orang dewasa, malah anak juga bosan jika disajikan dengan menu yang sama setiap kali tiba masa makan.

Cuba anda bayangkan jika pagi anda makan nasi lauk ikan masak asam pedas, tengahari lauk yang sama, malam juga lauk yang sama. Begitu juga keesokan hari anda masak lauk yang sama.

Jadi, pelbagaikanlah jenis makanan untuk anak anda.

Antara menu yang boleh anda masak untuk anak anda seperti:-

Aneka puri untuk 8-10 bulan:
a)      Bubur nasi bersama ayam dan brokoli
b)      Puri kentang dan sawi
c)      Puri labu, epal dan oat

Menu tengah hari untuk 3-6 tahun
a)      Pisang rebus
b)      Bayam masak lemak
c)      Ikan masam manis

  1. Makanan yang padat kalori
Elakkan memberi makanan ringan dan coklat sebelum tiba masa makannya. Hal ini kerana apabila tiba masa makan mereka akan kekenyangan akibat makanan yang kurang berkhasiat tadi.

Biasakan memberi anak anda buah-buahan, sayur yang dikukus, yogurt dan kek.

  1. Terlalu banyak minum susu
Biasanya ibu bapa akan menganggap susu merupakan makanan utama menggantikan nasi. Sebenarnya, anak yang berusia setahun ke atas hanya memerlukan susu dua gelas sehari. Apa yang diperlukan adalah nasi, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, ayam, daging dan pelbagai lagi bukan sahaja susu.

Apa lagi ibu, ayuh ke dapur sediakan makanan yang sedap-sedap untuk si manja.

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates