Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label felda. Show all posts
Showing posts with label felda. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

25 Kerana Lembu Adik Abah Cedera Parah

Apalah nasib adik lelaki abah yang sorang tu, masuk kali ni dah tiga kali accident dengan lembu. Alhamdulillah umur dia masih panjang lagi tapi umur lembu tu tamat di atas jalan raya.

Hari ini ko masuk blog plak lembu!

Tekejut abah bila mak abah yang baru semalam balik Kuantan setelah dia datang ke rumah abah dan kami pulang ke Sungai Besar telefon abah cakap adik accident. Berdebar jantung abah bila dengar perkara tu.

Kalau langgar sampai lembu mati mesti terukkan adik abah. Nasib baik tak koma. Cuma belakang badan dia terkopak kulit sebesar tapak tangan, lepas tu tumit kaki dia terkupas kulit dan ada calar-balar sana-sini. Abah dengar pun naik seram dibuatnya.

Masalah lembu sentiasa berkeliaran di kawasan jalan, almaklumlah di kawasan felda. Memang ramai dah yang accident dengan lembu ni. Tak percaya tanyalah masyrakat felda.

Tapi yang abah betul-betul panasnya owner lembu ni diaorg akan mengaku anak lembu yang baru dilahirkan adalah anak lembu mereka. Sanggup gaduh-gaduh demi anak lembu. Tapi bila accident dengan lembu sorang pun tak mengaku itu lembu mereka.Takut kena penumbuk.

Pergi test DNA lah kalau nak tau tu anak lembu sape! Hal yang lebih serius tak pernah difikirkan.

Itulah sikap masyarakat kita. Ternak lembu nak tapi biarkan berkeliaran dan membahayakan nyawa orang lain. Lembu memang suka duduk di atas jalan raya sebab suhu Tar yang panas. Kalau bawak laju memang tak sempat nak elak. 

Jiran-jiran abah di kampung memang ramai yang dah kena. Habis remuk kereta yang paling terbaru masa awal tahun dulu sampai pakcik tu kena buat pembedahan usus sebab usus bengkak disebabkan berlanggar dengan lembu.

Pihak berkuasa tempatan sepatutnya ambil serius perkara ini.

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates