Ada logik juga kan?
Showing posts with label Listen. Show all posts
Showing posts with label Listen. Show all posts
Friday, January 18, 2013
5 Saksikan Parodi Video Ini..Ada Point Bermakna
Ada logik juga kan?
Labels:
Bawani,
Fenomena Listen,
Listen
Thursday, January 17, 2013
11 Lagi Pertembungan Sharifah Zohra & Bawani di Forum 22 Jan
Satu rakaman video petikan dari forum “Seiringkah Mahasiswa dan Politik”yang telah berlangsung di UUM baru-baru ini telah tersebar dan begitu menarik perhatian.
Seorang mahasiswi saudari Bawani telah bangkit bertanyakan soalan dan kelihatan seseorang yang dikenali sebagai puan Sharifah Zohra Jabeen yang bertindak selaku moderator telah turun sehingga menarik mikrofon dari Bawani.
Tindakan ini dilihat kurang matang malah beliau yang juga Presiden Suara Wanita 1 Malaysia telah bertindak memalukan Bawani hanya kerana mahasiswi itu menyatakan soalan yang jelas bercanggah dengan beliau.
Sememangnya SAMM juga kesal dengan kejadian yang berlaku seharusnya di institusi pengajian tinggilah tempat seharusnya percanggahan pendapat dibincangkan dan disuburkan.
Namun apa yang berlaku dalam forum tersebut menggambarkan sebenarnya situasi sebenar dalam kebanyakan IPT negara. Ini menjadi antara punca ‘rangking’ IPT negara semakin menjunam di mata dunia.
Perbagai respon muncul, sehingga nama #Bawani dan #Zohra menjadi trends dalam laman (antarabangsa) blog mikro twitter.
Amat menyedihkan respon sama ada menyokong Bawani atau pun Zohra ada kelihatan agak melampau sehingga mengheret sentimen perkauman. Umno yang selama ini rapat dengan Zohra kelihatan cuba menjauh diri dengan beberapa penafian pimpinan Umno yang menyatakan Zohra ada kaitan dengan Umno tetapi menyatakan Zohra hanya pemimpin wanita KIMMA sebuah parti politik yang turut bernaung dibawah Bn.
Walaupun tidak bersetuju dengan pemikiran Zohra yang menghalau orang yang tidak bersetuju dengan regim penguasa untuk keluar dari negara ini, namun SAMM merasakan perlunya Zohra diberi ruang untuk muncul secara waras dan teratur bagi menyatakan apa sebenarnya yang berlaku dan memberi ruang beliau menyatakan pendapat.
Situasi negatif ini harus diambil kesempatan oleh anak muda untuk menjadikannya pertembungan pendapat yang positif berasaskan fakta dan ilmu.
Maka SAMM telah menghantar satu surat pelawaan untuk diadakan satu forum seperti berikut;
Forum : Kebebasan Akademik dan Hak Asasi
Tarikh : 22 Januari 2012
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur
Forum : Kebebasan Akademik dan Hak Asasi
Tarikh : 22 Januari 2012
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur
3 Panelis dinamakan sebagai panel forum ini dan sudah dihantar jemputan kepada mereka iaitu Puan Sharifah Zohra Jabeen, Saudari Bawani dan Dr. Maszlee Malek.
Diharapkan semua panelis khususnya Bawani dan Zohra dapat dengan jiwa besar untuk menerima pelawaan ini demi sama membina persekitaraan yang membina anak muda Malaysia.
Wan Noor Farel Azli Wan Haron
Pengarah Segmentasi Mahasiswa
Solidariti Anak Muda Malaysia
Sumber: Keadilan Daily
Komen AK:
Blog abah khalisha dah jadi macam blog politik plak.kui..kui..kui..Sekadar berkongsi perkara yang hangat di pasaran!
Labels:
Bawani,
Fenomena Bawani,
Listen
Wednesday, January 16, 2013
7 Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) Ditubuhkan Bagi Mendengar Permasalahan Haiwan
Sebuah Pusat Aduan Haiwan 1 Malaysia (PAH1M) telah ditubuhkan bagi mendengar keluhan dan rintihan haiwan-haiwan yang bermasalah di negara ini. Presiden PAH1M Sharifah Zohra Jabeen yang boleh menyebut listen dan let me speak sebanyak 1000 kali dalam satu nafas berkata, haiwan-haiwan ini perlu diberi ruang untuk membuat aduan tentang masalah mereka yang kadang kala lebih berat dari masalah manusia.
Sewaktu kunjungan kami ke PAH1M, kami telah menemubual seekor babi. Babi itu berkata, "Daripada tahun 1970an saya naik turun pejabat JAKIM untuk menuntut status Halal. Tetapi gagal hingga hari ini. Minta PAH1M dapat berbuat sesuatu."
Turut ditemubual oleh kami ialah seekor ayam. "Sejak kedatangan ayam-ayam dari China dan Filipina, kami ayam tempatan sudah tidak laku. Bagaimana kami mahu menampung hidup?"
Solidariti Lembu Malaysia juga memberi pandangan yang positif terhadap penubuhan PAH1M, "Kami bersyukurlah kerana Saudari Sharifah Zohra dapat membela nasib kami. Sudah lama kami terbiar dan dihina. Dulu kami dijanjikan kondominium, tapi kondominium tersebut di Singapura. Kami mana ada pasport."
Presiden Perkasa juga diminta memberi ulasan mengenai PAH1M. "Aku nak ulas apa? Aku bukan binatang!"
Kerajaan Malaysia berharap agar penubuhan PAH1M dapat membela nasib haiwan-haiwan di Malaysia. Selain dapat memahami masalah haiwan, Sharifah Zohra Jadeen juga dapat memahami masalah tumbuh-tumbuhan dan sungai. - wartawan Johan
Sumber: FB Revolusi Anak Muda Malaysia
Komen AK:
Sekadar jenaka di petang hari
Sekadar jenaka di petang hari
Labels:
Bawani,
Fenomena Bawani,
Listen
8 Baju Listen!Listen!Listen!..
Memang jadi fenomena betul Listen!Listen!Listen yang melibatkan pelajar UUM iaitu Bawani dan Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin..Sampai di facebook pun dah ada yang buat banner pasal ni.
Ni ada baju listen..listen..listen..Mau tempah ka?hahaha..
Lepas ni mesti ada yang mengeluarkan baju yang ada tulisan ini. Percayalah dan pastinya laku!
Sumber: Facebook
Labels:
Bawani,
Fenomena Bawani,
Fenomena Listen,
Listen
Tuesday, January 15, 2013
8 Listen...Listen to Me ! Let Me Speak ..
Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..
Negara kita banyak masaalah
Kucing bermasaalah
Anjing bermasaalah
Ikan Jerung bermasaalah
Lembu juga bermasaalah
Pemimpin negara lagi bermasaalah
Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..
Negara ini sarat dengan masaalah
NFC bermasaalah
FELDA bermasaalah
Daftar pemilih bermasaalah
Undi pos bermasaalah
Royalti bermasaalah
Sekatan Media bermasaalah
ISA bermasaalah
Indeks jenayah bermasaalah
Gejala sosial bermasaalah
Menteri bermasaalah
Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..
Kalau masaalah dikira nilai
Kenapa masaalah siswa diabai
Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..
Memo sudah menimbun dihantar
Dialog telah diatur menjajar
Tegur dan nasihat kepalang ajar
Malang BN sukar nak dengar
Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..
Rakyat jangan dipandang hina
Siswa pantang diperlaku durjana
Ada aqal bangunlah menjana
Kenapa biar ummah merana
Siswa siswi kian berani menegur
Tahniah ! agar ilmu tidak dilacur
Asal salah mesti hancur
Asal benar mesti akur
Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..
PR tekad menghapuskan PTPTN
Rakyat tekad menjatuhkan BN
PR tekad Ubah Sekarang
Rakyat bangkit cipta gelombang
PR telah bersiap siaga
Rakyat gigih mengerah jiwa raga
Bawani ! Listen to me
I'm proud of you!
Ini Kalilah !
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM
Sumber: Harakah Daily
15 Fenomena Listen, Listen, Listen, Sharifah Didesak Mohon Maaf Kepada Bawani
KUALA LUMPUR: Ameerah Malaysia menggesa Presiden Suara Wanita 1 Malaysia Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) Bawani KS.
Pengerusinya Fareedah Samad berkata, tindakan Sharifah bukan sahaja menyekat soalan Bawani, malah telah memalukan pelajar itu di hadapan khalayak ramai.
"Kita menggesa Saudari Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada Saudari Bawani seperti mana beliau telah memalukan saudari Bawani secara terbuka.
"Tindakan Saudari Sharifah ini menunjukkan seolah-olah beliau tidak menghormati institusi pendidikan negara yang mendokong kebebasan akademik dalam berhujah dan berbeza pendapat," kata pengerusi NGO anak muda yang bernaung di bawah Dewan Muslimat PAS Pusat itu dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kepada rakaman insiden Sharifah yang menegur Bawani KS dalam satu forum di UUM yang dimuat naik dalam Youtube beberapa hari lalu yang kini menjadi bualan anak muda ketika ini.
Klip selama 24 minit itu memaparkan Sharifah selaku panel Sharifah turun dari pentas dan
berdiri di depan Bawani yang sedang mengajukan soalan.
Belum habis Bawani bercakap, Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 10 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
Mengulas lanjut, Fareedah berkata dalam mana-mana diskusi mahupun forum, ahli panel dan juga audien mempunyai ruang dan hak untuk menyuarakan pandangan masing-masing, malahan ia perlu ditangani secara professional, bukan dengan memotong percakapan atau soalan yang diajukan.
Katanya, tindakan Sharifah yang menarik pembesar suara sebelum sempat soalan habis diajukan dilihat agak janggal malah menunjukkan beliau tidak langsung menghormati hak pengaju soalan.
"Tindakan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO di depan lebih 2000 mahasiswa yang berada di dalam dewan tersebut.
"Beliau dalam menjawab soalan yang dikemukakan, bukan sahaja tidak memberi jawapan yang relevan malah memberi analogi yang langsung tidak berkaitan dengan soalan dan fakta yang dibentang oleh Saudari Bawani," katanya.
Sumber: Harakah daily
Labels:
Bawani,
Fenomena Bawani,
Listen,
Sharifah Zohra,
UUM
Subscribe to:
Posts (Atom)






