KUALA LUMPUR: Ameerah Malaysia menggesa Presiden Suara Wanita 1 Malaysia Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) Bawani KS.
Pengerusinya Fareedah Samad berkata, tindakan Sharifah bukan sahaja menyekat soalan Bawani, malah telah memalukan pelajar itu di hadapan khalayak ramai.
"Kita menggesa Saudari Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada Saudari Bawani seperti mana beliau telah memalukan saudari Bawani secara terbuka.
"Tindakan Saudari Sharifah ini menunjukkan seolah-olah beliau tidak menghormati institusi pendidikan negara yang mendokong kebebasan akademik dalam berhujah dan berbeza pendapat," kata pengerusi NGO anak muda yang bernaung di bawah Dewan Muslimat PAS Pusat itu dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kepada rakaman insiden Sharifah yang menegur Bawani KS dalam satu forum di UUM yang dimuat naik dalam Youtube beberapa hari lalu yang kini menjadi bualan anak muda ketika ini.
Klip selama 24 minit itu memaparkan Sharifah selaku panel Sharifah turun dari pentas dan
berdiri di depan Bawani yang sedang mengajukan soalan.
Belum habis Bawani bercakap, Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 10 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
Mengulas lanjut, Fareedah berkata dalam mana-mana diskusi mahupun forum, ahli panel dan juga audien mempunyai ruang dan hak untuk menyuarakan pandangan masing-masing, malahan ia perlu ditangani secara professional, bukan dengan memotong percakapan atau soalan yang diajukan.
Katanya, tindakan Sharifah yang menarik pembesar suara sebelum sempat soalan habis diajukan dilihat agak janggal malah menunjukkan beliau tidak langsung menghormati hak pengaju soalan.
"Tindakan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO di depan lebih 2000 mahasiswa yang berada di dalam dewan tersebut.
"Beliau dalam menjawab soalan yang dikemukakan, bukan sahaja tidak memberi jawapan yang relevan malah memberi analogi yang langsung tidak berkaitan dengan soalan dan fakta yang dibentang oleh Saudari Bawani," katanya.
Sumber: Harakah daily
Mana ada kebebasan bersuara dlm erti yg sebenarnya di negara ini...
ReplyDeleteanda boleh bersuara tp when I talk you listen..listen..listen.hehe
Deletemila xminat sgt politik so xpaham tapi ada jugak tengok video tu sekadar pengetahuan
ReplyDeletemacam nak setuju je dgn DZ punyer statement tu hehehe
ReplyDeletesemakin hari semakin merepek
ReplyDeleteaku lagi x faham...sharifah aku x faham.bawani lagi aku x faham.yang paling penting aku rasa dua orang itu sebenarnya pun x faham ape2.....
ReplyDeleteAnon xyah faham la..ko x wujud pon..hahahahha
Deletesaya dah tengok video ni.. kedua2nya pada pendapat saya ada masalah... tapi nak komen lebih pun bukan pakar.. cuma masalah sharifah tu lebih menyerlah bila dia sekat bawani dan panel kat atas pentas tu bercakap.. part sekat panel tu yang tak tahan sebab nama forum kan? tapi cam ceramah persendirian pulak dah.. sorry..cuma pendapat..
ReplyDeletetk professional berdepan student yang cukup bersemangat seperti Bawani
DeleteBaru semalam tengok video ini, err dua - dua aku rasa nak hangul kepala
ReplyDeletemalas pk pasal politik merepek nih..
ReplyDeletekalau tengok + dengar lagi buat bengang.. har3
dapatkan baju listen listen listen dan sokong bawani disini!!
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/media/set/?set=a.482679971794227.115326.322037757858450&type=1
Terbaiklah!
DeleteWahai orang yang berkuasa di atas sentiasa beringat-ingat. Maaf adalah titik tolak dari hati ikhlas.
ReplyDeleteInsiden org besar memalukan org kerdil, pada tahun 2002 disatu pameran Sains Peringkat negri telah dijalankan di sekolah saya. Apa yang berlaku semasa menteri sedang melawat gerai-gerai di tapak pesta dan lalu didepan gerai kami, lalu kami suakan hadiah dgn harapan akan ada imbuhan dari menteri besar akan tetapi yang kami terima adalah kutukan yang sangat pedih!!!!!!!
Nilai moralnya: orang yang superior sangat sukar untk merendah diri kepada kaum marhaen apatah lagi untuk minta maaf
Wahai orang yang berkuasa di atas sentiasa beringat-ingat. Maaf adalah titik tolak dari hati ikhlas.
ReplyDeleteInsiden org besar memalukan org kerdil, pada tahun 2002 disatu pameran Sains Peringkat negri telah dijalankan di sekolah saya. Apa yang berlaku semasa menteri sedang melawat gerai-gerai di tapak pesta dan lalu didepan gerai kami, lalu kami suakan hadiah dgn harapan akan ada imbuhan dari menteri besar akan tetapi yang kami terima adalah kutukan yang sangat pedih!!!!!!!
Nilai moralnya: orang yang superior sangat sukar untk merendah diri kepada kaum marhaen apatah lagi untuk minta maaf