Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Kredit Kad. Show all posts
Showing posts with label Kredit Kad. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

6 Jangan Layan Panggilan Telefon Yang Minta Maklumat Kad Kredit



KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Orang ramai diingatkan agar tidak melayan sebarang panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dari sebuah bank tempatan dan meminta pengesahan transaksi kad kredit atau berkaitan tunggakan kad kredit.



Pengerusi Biro Aduan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Wilson Lau Hoi Keong berkata ini kerana panggilan itu mungkin daripada anggota sindiket penipuan kad kredit.

"Modus operandi sindiket itu ialah dengan menelefon mangsa dan mendakwa sebagai pegawai bank dan memberitahu bahawa mangsa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit yang perlu segera dijelaskan," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata pemanggil kemudian meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke akaun pihak ketiga atas alsan untuk melindungi keselamatan wang itu dan transaksi tersebut dirahsiakan.

Katanya, setakat ini, pihaknya menerima 18 aduan daripada mangsa penipuan sindiket itu.

-- BERNAMA

Komen AK :

Hati-hati semua!

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates