Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Komplek Sogo. Show all posts
Showing posts with label Komplek Sogo. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

12 Abah dan Simply Siti

Rich in natural nutrients and a unique formulation with Opuntia Tuna Flower / Stem Extract (Nopal), Arbutin, and Korea Pine Tree Extract  helps to hydrate the skin and improve skin tone by inhibiting the production of melanin and breaking  up excess of melanin deposits to effectively lighten the skin. Skin will become more supple, smoother and more radiant.

Gunalah produk Simply Siti, anda pasti akan teruja dengan perubahan wajah baru anda!

Abah merupakan lelaki pertama di Malaysia yang telah menggunakan produk Simply Siti...Errr..kejap-kejap! Macam mana boleh tersalah taip ni?Ahaaaakkkssss..

Abah tipu je. Abah mana ada guna Simply Siti ni, kulit muka abah lebih sesuai tenyeh dengan sabun mandi sahaja, pasal kulit muka abah memang bersih dan tiada jerawat. Jangan jeles ok!

Kenapa plak abah tetiba je duk promote Simply Siti ni? Dah baca entri ahad lepas..Bila Wanita Shopping. Kalau belum baca baik baca dulu. Tengok ramai suami mitahli di sudut-sudut pusat membeli belah.

Ahad lepas pegi teman wife shopping handbag, pastu tengah syok-syok masukkan roti dalam mulut Nur Iman, tetiba tertengok seseorang yang macam pernah tengok iaitu Datuk Siti Nurhaliza, isteri Dato' K yang merupakan Presiden Simply Siti dan juga penyanyi pujaan No. 1 negara.

Kebetulan plak time tu ada kamera apa lagi abah pun ambik kesempatan ke atas Datuk Siti. Ambik gambar je ok!

Datuk Siti time tu ada duk wat demo + sign autograf  kepada sesiapa yang ada beli produk Simply Siti. 

Korang tau tak hari tu dah lah sale gila-gila tapi yang bestnya tak ramai pun tahu Datuk Siti ada kat dalam Sogo. Dia duk tingkat bawah tu, yang bahagian pasaraya bawah tu..

Bayangkanlah kalau Management Sogo wat annoucement pasal kehadiran Datuk Siti, confirm kosong tingkat lain pakat serbu kumpul dekat tingkat bawah serbu dekat Tok Ti..ahahahaa... Pandai betul lah management Sogo ni. Buat senyap-senyap.

Sebab tak ramai orang sempat lah abah snap beberapa picture Datuk Siti sambil dukung Nur Iman. Seksa woooo..nak tunjuk kat wife punya pasal bukti abah jupa Siti Nurhaliza. Kang takde gambar tak percaya.

Meh kita tengok gambar Datuk Siti Nurhaliza. Sorilah kualiti gambar tidaklah sebagus mana. Almaklumlah hanya menggunakan Canon IXUS 951S.

Untung baby ni Datuk Siti peluk dan pegang. Datuk Siti bila nak ada anak pulak?

Wanita ni siapa peluk cium Datuk Siti. Kalau abah beli produk Simply Siti maybe berpeluang peluk, cium pipi Datuk Siti jugak kot. Pastu tak dapat pelempang dengan wife abah dapat terajang dengan Datuk K.hehehe.

Ni time Siti Nurhaliza nak keluar dari Sogo dah..Serius memang tak ramai sangat orang. Amacam kulit dia licinkan. So gunalah produk Simply Siti!


Tajuk hebat sangat Abah dan Simply Siti. Tapi gambar abah langsung takde pun dengan Datuk Siti.hehehe..

On the way balik dari Sogo, abah cakap dekat wife yang abah jupa Datuk Siti. Tak Caya dia..abah suh wife tanya Nur Iman.ahaaaaksss... Nur Iman tau apa. Makan minum lari-lari je dia tau.

Tulah abah kol tak reti nak angkat. Teruja sangat dengan sales Sogo tu..

So gambarlah sebagai bukti Abah dan Simply Siti. Kira ni gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza ni.

Raya dah nak dekat, jom join Nostalgia Lagu Raya dan ANDA. 

Nak join GENG ABAH?

Sunday, August 14, 2011

48 Bila wanita shopping....

Adoiii..penat hari ni, baru je pulang dari Sogo,KL. Bawa wife beli handbag dia..Korang dah shopping raya? Baju untuk Wife abah dan Nur Iman memang dah tempah awal-awal lagi sebelum puasa, senang tak kalut last-last minit.

Kalau sebut je shopping Kompleks Sogo KL sape tak kenal?Semua orang belah Lembah Kelang ni tau tempat yang digelar syurga membeli belah bagi kaum wanita tapi bagi kaum lelaki....
Promosi yang mampu membuatkan suami titiskan air mata

Sogo memang meriah dengan promosi hebatnya, dengan tawaran istimewanya, potongan harganya. Cuba bagitau abah bulan apa Sogo tak buat promosi?Memang tiap-tiap bulan ada promosi. 

Penghabisan stok yang tak pernah habis. Ini yang dinamakan startegi..

Bila insan yang bergelar isteri shopping, insan bernama suami akan...

1) Duduk disudut kedai seorang diri atau bersama beberapa orang anak.
2) Sentiasa tengok jam. Nak set time dah berapa lama insan bergelar wanita ini survey barangan.
3) Dompet akan tiba-tiba nipis yang mana tadi agak tebal.
4) Kalau yang ada anak, terpaksa bermain dengan anak, jaga anak, bagi susu anak, bagi makan anak..fuhh suami mithali ni.
5) Bagi tempoh masa kepada isteri agar dia tidak terleka dan terus terleka dengan keasyikkan promosi yang ditawarkan.
Abah perhatikan ramai suami mithali berada di Sogo termasuklah 
abah..Ahakkkksssss..Kenapa? Tak percaya ke? Meh kita tengok.


Cian bapa ni, tunggu dekat eskelater tu

Yang ni pun sama, bersama anaknya tunggu di sudut kedai jam

Tengok yang belakang tu sampai dua orang anak dia jaga

Percaya tak sekarang? Kami merupakan bagi suami yang mithali. Nasib baik abah anak sorang je itu pun jenuh ke sana ke sini.

Setelah hampir dekat dua jam, akhirnya muncul insan bergelar isteri di depan mata dengan senyuman manis..Dah jupalah tu beg yang berkenan di hati.

Masa tengah tunggu wife, abah ternampak Presiden produk SimplySiti..Datuk Siti Nurhaliza, tunggu ye ceritanya..

Kepada Management Sogo, please sediakan satu kerusi panjang bagi kami si suami. Providelah satu room waiting room..Kami pasti banyak kan diceritakan bila berkumpul.


Nak join GENG ABAH?

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates