Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 24, 2012

25 Tips Memilih Kasut Flat Untuk Kaum Wanita

"Wanita dan kasut memang tak dapat dipisahkan ibarat lagu dan irama"

Semua kaum lelaki pasti setuju dengan perumpamaan tersebut. Biasanya kalau lelaki ada 2 pasang kasut untuk bekerja dan 1 pasang kasut riadah atau berjalan kaum wanita pasti ada lebih daripada itu. Paling kurang pun mesti ada 5 pasang hingga ke 10 pasang. Betul?

BACA: Khas Untuk Lelaki: Jaga Kesihatan Prostat Anda!

Dalam kereta AK sendiri pun kasut wife ada 2 pasang yang digunakan sebagai simpanan untuk ditukar setiap hari bergantung kepada jenis pemakaian. Itu tak termasuk kasut untuk Nur Iman anak AK.


Kini kasut flat menjadi trend terkini sesuai untuk digayakan di mana saja sama ada ketika membeli belah mahupun ke pejabat.

Ok jom kita tengok tips pemilihan kasut flat  untuk kaum wanita.

Antara tips untuk memilih kasut flat :

  • Belilah kasut pada waktu siang atau petang. Ini adalah bagi mendapatkan kasut dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika dipakai. Selain itu, pada waktu siang atau petang, kaki mengembang kepada saiz kaki yang sebenar.
  • Berdiri dengan tegak, dan pastikan kasut yang dipilih itu selesa. Buat ujian dengan cuba berjalan-jalan di dalam kedai bagi memastikan kasut tersebut sesuai dengan kaki.
  • Pilih kasut dengan corak dan warna yang sesuai dengan kaki anda supaya ia nampak menarik apabila digayakan.
  • Seeloknya pilih kasut yang mempunyai bukaan yang agak lebar untuk memberikan keselesaan kepada kaki supaya tidak terlalu ketat dan tidak menyakitkan kaki.
Diharap tips yang dikongsikan ini berguna untuk kaum wanita.

sumber: my.entertainment.yahoo.com

    25 comments:

    1. @intanfirdaus247 senang nak bergerak kan..kkai pun tak sakit

      ReplyDelete
    2. beli kasut setahun sekali

      kira masa nak raya je la...

      ReplyDelete
    3. wanita dan kasut..mmg x dapat dipisahkan AK

      ReplyDelete
    4. betul tuu
      akak pun x pakai kasut tinggi ke pejabat
      pakai wedges je banyak ! ;)

      ReplyDelete
    5. yeah...kene adew kasut yang sesuai dengan setiap event...hehehehe

      ReplyDelete
    6. @anggun sbb tu dalam bonet kereta ataupun rak kasut penuh dgn kasut je

      ReplyDelete
    7. wahh.. good info..sy memang tak reti guna kasut tinggi...dari dolu2 hingga lah skrg..hihi:)

      ReplyDelete
    8. Kasut flat nie selesa terutama ketika driving..

      ReplyDelete
    9. x pernah beli kasut flat mcm ni... rasa mcm x sesuai jerr ngan nureen...
      hehehee....

      ReplyDelete
    10. @Kakzakiea'ah driving sng nak pijak pedal kan..cm AK ada pengalam plak.hahaha

      ReplyDelete
    11. sungguh, nisah gila beli kasut..
      duit ku abis semata-mata kerana kasut..

      >> thanks AK, tips ni.. biasa nisah online, tak dpt lah nak mencuba. bila dh smpi dpn mata br sibuk nak mencuba..

      ReplyDelete
    12. @Nisah Idham kalau dah beli online mmg tk dpt nak pegang, rasa and try..nasib-nasib lah ye

      ReplyDelete
    13. saya suka kasut flat!! sbb nampak comel...heheh...

      ReplyDelete
    14. sy dulu penggemar kasut tinggi, tapi sekarang dah bertukar ke kasut flat, memang best tapi antara saya dan suami, kasut suami lagi banyak tau!!

      Eh! Sama pulak nama anak kita Nur Iman..

      ReplyDelete
    15. @Seri Kandi Tanah Jauhar ye ke...suami paling banyk kasut??hahaha..itu satu dalam sejuta untuk kaum lelaki tu.

      sm eh..nama penuh anak AK Nur Iman Khalisha

      ReplyDelete
    16. AK...eca mmg penggemar kasut flat ne..tpi kdg2 xselesa sebab nipis sgt..tpi klu bawak keta,senang nk rasa pedal..eh,mcm selalu je pulak bawa keta.hahaha

      ReplyDelete
    17. @Eca Dwinky Ashaahahah..mmg agk nipis jg..citt..cm AK penah pakai plak.hehehe

      ReplyDelete
    18. suka kasut wedges dan flat jer :)

      ReplyDelete
    19. saya lebih suka kasut yang rata .. lebih selesa. tapi , memang ada kasut yang lebih dari satu. untuk spare kalau2 kasut putus.

      ReplyDelete
    20. saya pun suka kasut flat. nak cari jugalah satu!

      ReplyDelete

    Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
    Jangan lupa like page fb abah khalisha

    Busuk.org

    GuaBlog

    Apesal

     

    abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates