Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 18, 2012

16 Hidup Untuk Bayar Hutang

Inilah realiti!

Ramai antara kita hidup bekerja hanya untuk bayar hutang termasuk diri AK.

Gaji masuk hujung bulan kita pergi withdraw duit. Hakikatnya separuh ataupun 70% daripada gaji yang dikeluarkan itu akan berpindah ke BANK lain. Betul tak?

Duit kereta kena masuk bank
Duit rumah pun sama masuk bank juga
Duit motor pun masuk bank juga
Loan-loan lain pun masuk bank juga


Balance tu kita guna untuk bayar bil, duit makan untuk sebulan, minyak kereta,bayar nursery anak barangan keperluan rumah, duit belanja ataupun beli pakaian.

Adakah kita akan bekerja sehingga tua atau lebih teruk lagi sehingga MATI?

Contoh macam AK beli rumah masa usia 26 tahun dan buat loan selama 40 tahun, umur 66 tahun baru settle hutang. Fuhhhhhh...

Ada Mak Datin nak ambik AK sebagai adik angkat tak? Anak ikan tak mau ye.

16 comments:

  1. bukan hidup utk bayar hutang..tapi kerja utk byaar hutang..hehehe.. -syuhada-

    ReplyDelete
  2. @Anonymous hahahaha..samalah tu..bekerja utk hidup..hidup untuk bekerja

    ReplyDelete
  3. Berhutang dgn bank tak boleh dielakkan buat kita. Tapi kakak dan abang biasa berhutang limitkan 3-4 tahun kena langsaikan. Malas nak bayar interest yg banyak. Rumah pertama kakak beli cuma 50K kakak setel 2 tahun+ kemudian beli mahal sikit sewakan yg pertama - so bayar bulanan ambil dari rumah sewa + duit sendiri - habis bayar 3 tahun kakak beli lagi besar sikit lagi juga begitulah kakak buat. Sama juga dgn kereta kakak tak suka tanggung hutang sebab gaji kami tak besar. So kakak rasa dgn cara ini kita tak banyak tanggung hutang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kakzie leh kongsikan ilmu yg ada tu..hidup skrg mmg kn bijak urus duitkan

      Delete
  4. Betul tu. Sbb tu klo berhutang dgn bank tak suka lama².

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut hati tkyah hutang langsung dgn bank tapi.....

      Delete
  5. mmg hidup penuh hutang. maklumler nk bayar cash mmg tak mampu. hikkk..

    ReplyDelete
  6. ada x orang yang ada tanggungan sendiri yang xder hutang yerk?.... erm

    ReplyDelete
  7. betul tu abah..kdg2 pikir blk..bila dpt gaji jer..byr utang sana cni..balance duit tu la utk belanja seharian...huhuhuuh..sampai bila la kan akan duduk cam ni jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mmg ramai mcm tu..org dl2 xde pun nak berhutang bagai ni..siap leh simpan emaa dan beli tanah lagikan

      Delete
    2. sampai kita matilah agaknya.hehe

      Delete
  8. ngeri memikirkan masa depan anak2.. kita ni da separuh jalan..ramai generasi muda yang nak belajar pun hutang ptptn..baru start keja kena bayar hutang dah..tu belum nak beli kereta.. nak beli rumah..nak kahwin..kesian diorang..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates