Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 24, 2012

7 Ariel Noah Dipanggil Polis Indonesia Untuk Kes Dengan Pramugari

JAKARTA - Vokalis band Noah, Ariel yang bebas Julai lalu selepas hukuman penjara tiga setengah tahun kerana kesalahan mengedar video pornografi, dipanggil lagi oleh pihak polis untuk menjadi saksi satu kes melibatkan dirinya dan seorang pramugari.


Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham dijadual hadir untuk beri keterangan bulan depan.

“Ya... akan dipanggil sebagai saksi,” kata Ketua Jenayah dan Kekerasan, Ditreskrimum Ajun Ketua Komisioner, Helmy Santika dipetik Kompas.

Menurut Helmy, Ariel, 31, dipanggil kali kedua selepas dia tidak hadir sebelum ini atas alasan sibuk dengan konsert jelajah 25 bandar di Indonesia bersama band Noah.

“Minggu depan Ariel akan dipanggil untuk kali kedua. Kalau tidak datang, dia akan dipanggil secara paksa,” kata Helmy.

Sebelum ini, seorang pramugari, Magdalena Awuy melaporkan nama baiknya terjejas ekoran laporan sebuah media online Indonesia. Magdalena dituduh sebagai pasangan dalam skandal terbaru Ariel.

Ariel dan Noah kini terlibat dalam konsert jelajah di lima negara. Sejak kes itu disiasat oleh polis bermula 21 November lalu, beberapa saksi telah dipanggil, antaranya Jeanne Margareth Dumais yang membuat laporan.

Turut disiasat Magdalena, rakannya, Wiyana dan Renitasari serta majikan mangsa, Mahsuri Ahmad. Ariel yang dahulunya dikenali sebagai Ariel Peterpan dibebaskan Julai lalu dengan bersyarat.

Antara syarat yang ditetapkan ialah Ariel tidak boleh lagi mengulangi perbuatannya dan diwajibkan melapor diri ke penjara secara rutin sehingga dibebaskan secara mutlak pada 21 September 2013.

Ariel dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun dan denda Rp250 juta oleh Mahkamah Daerah Bandùng pada 31 Januari 2011 selepas didapati bersalah mengedar video pornografi di mana beliau sendiri dipercayai sebagai pelakunya bersama dua orang artis wanita iaitu Cut Tari dan seorang lagi yang dipercayai sebagai Luna Maya.

Selepas penyiaran video itu di internet menjadi isu hangat, Cut Tari telah membuat pengakuan terbuka bahawa beliau adalah orang yang beraksi dengan Ariel dalam satu daripada video pornografi itu dan telah memohon maaf secara terbuka kepada suami dan keluarga dan seluruh rakyat Indonesia atas perlakuannya itu.

Bagaimanapun Ariel sehingga hari ini tidak pernah mengakui perbuatannya, begitu juga dengan kekasihnya Luna Maya. Pasangan kekasih itu telah memutuskan hubungan mereka semasa Ariel sedang menjalani hukuman penjara.

Ariel telah ditahan sejak 23 Jun 2010 dan menjalani sidang perbicaraan di mahkamah sebanyak 14 kali. Perbicaraan itu yang bermula pada 22 November 2010, juga mencatat sejarah kerana ia merupakan kes pornografi yang pertama yang diadili di mahkamah Indonesia.

sumber: sinar harian

7 comments:

  1. adoiyai..satu kes lagi ker???sin baik kena panggil jadi saksi jer..tapi terlacar gak laa reputasi...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. hmm ada skandal baru ke? pegi jela jadi saksi, berani kerana bener

    ReplyDelete
  3. ader2 je crta pasal mamat endon ni hehe

    ReplyDelete
  4. erm..tak habis2 kan..
    harap2 dia dah taubat..huuhu

    ReplyDelete
  5. Coming in about totally gently relates to the
    Bosch Porche Lemon or lime Media channels. Clothing all juice extractors and as well as testimonials, you really need to purchase
    fans maxime, "dry pulp". Mayonnaise serves as a traditional
    hoagie favorite, directly with including mustard. Similar to the Pure Triblade course, a lot of these Kenwood hand and wrist appliances
    contain exclusive swiftness (furthermore Turbocompresseur), they get more
    than the usual link.

    Feel free to surf to my homepage: best music mixing equipment ()

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates