Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 22, 2012

1 Lelong Kuda, Kerbau, Kambing, Lembu dan Rusa di MAHA 2012

KUALA LUMPUR, Nov 21 (BERNAMA) -- Kuda dan Rusa adalah antara haiwan ternakan yang akan dilelong pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur & Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012), yang berlangsung selama 10 hari bermula Jumaat ini di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).


Menurut kenyataan penganjur pameran itu, acara lelongan akan dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan kerjasama Major Transglobal Sendirian Berhad, sebuah syarikat berpengalaman luas dalam industri ternakan ruminan di Malaysia.

Kuda dan rusa itu adalah antara hampir 1,300 ternakan ruminan termasuk lembu, kambing, biri-biri dan kerbau yang akan dilelong bermula 2 petang sepanjang pameran.

Antara baka haiwan ternakan yang akan dilelong ialah kambing jenis Boer, Jamnapari dan Saanendan Anglo Nubian manakala biri-biri pula dari jenis Damara dan Dorper.

Baka lembu yang dilelong ialah dari jenis Chairolais, Brahman dan Brakmas, selain lembu susu baka Fresian Sahiwal dan Jersey Fresian.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Pegawai JPV Dr Ahmad Nazri Abd Rahman di talian 013-3514 315 atau Pegawai Major Transglobal Nordin Mat di talian 012-3791 239 dan Mohd Suffian Mustafa di 017-8725 716 dan mesej menerusi e-mel: majortranssb@gmail.com

sumber: Bernama


Super Cool
: Sarang-Sarang Burung Yang Sangat Kreatif

1 comments:

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates