Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 26, 2012

5 Jadual Hari Minggu Yang Padat

Salam semua!

Macam mana hari minggu anda? Hari minggu AK boleh tahan agak busy, jadual memang cukup padat. Penat pun masih belum hilang lagi tapi seronok dapat meluangkan masa keluarga.

Hari minggu tadi sebenar AK dan keluarga telah ke Sungai Petani untuk daftar adik AK di UiTM Merbuk. Alhamdulillah ada rumah mak mertua di Padang Benggali, Butterworth boleh juga dijadikan transit satu malam selain dapat mengeratkan lagi hubungan antara besan.

Terlalu banyak AK ingin kongsikan tetapi kerana agak penat sehinggakan terpaksa ambil half day EL hari ini disebabkan kesesakan yang bermula di highway Karak di tol Bentong.

Macam mana boleh dari Penang tiba-tiba boleh keluar ke Bentong? Ok nanti AK akan ceritakan tapi secara ringkas, nak details nanti ye.

Sebenarnya AK dan keluarga sempat singgah di Cameron Highlands pada hari ahad dan jangka sampai rumah di Selayang dalam pukul 8.30 malam untuk tonton secara live Malaysia VS Singapore. Tapi kesesakan berlaku hampir 6 jam walhal jarak masa perjalanan dari Bentong ke KL lebih kurang 45 minit!

Tahukah anda bahawa terdapat jalan alternatif ke Cameron Highlands dari Kuala Lumpur selain melalui Tapah dan Simpang Pulai? Itu akan AK ceritakan kemudian.

Antara infomasi menarik yang AK ingin kongsikan adalah Drive Thru di UiTM, Artifak Prasejarah Terbaru Ditemui Di Lembah Bujang, Gambar-Gambar di Cameron Highlands, Jalan Alternatif ke Cameron Highlands. Terlalu banyak informasi yang ingin dikongsikan dengan anda.
Artifak Prasejarah Terbaru di Lembah Bujang

Pasti kenal kawasan mana ni kan?
Tapi apa yang pasti saat bersama keluarga adalah kenangan yang cukup bermakna bagi AK. AK pasti anda juga begitu bukan?

Ok nantikan update daripada AK.


P/s : Tetiba tukar abah khalisha jadi AK. Tapi macam ok je kan.




5 comments:

  1. Salam Ukhwah..
    belum pernah nisah sampai ke CH walaupun asal org Ipoh.

    >> nak tau jgk lah jalan alternatif tu..
    Take Care !!

    ReplyDelete
  2. mesra je guna AK tuh..
    nanti hupdate la yer..leh baca² ape yang menarik...

    ReplyDelete
  3. @Nisah Idham la yeke..ala ipoh - CH jalan kaki pun leh sampai.hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates