Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 26, 2011

10 Yeaaahhhh..balik kampung! checklist dan buat?

Yeaaahhhh..balik kampung...ooo..oooo..balik kampung...ooooo..balik kampung, hati girang...perjalanan jauh tak ku rasa, terbayang wajah-wajah yang ku sayang...oK sambung nyanyi sendiri.hehehe.

Abah faham hari ini masih ramai lagi yang bekerja dan mood bekerja totally out melayang-layang diudara..badan datang keje tapi fikiran dan perasaan dah terbayang balik kampung.Betul tak? Dah nampak rendang, ketupat palas, lemang dibakar..macam-macam lah


Abah awal pagi ini, ada meeting...adoooiiii..bos ni semua tengah mood rasa please don't spoil our mood to celebrate hari raya.

Abah plan gerak ke Penang malam ini selepas berbuka. So ada sape-sape nak konvoi dengan abah?

So kepada mereka yang bertolak malam ni abah nasihat kepada diri abah dan semua diluar sana agar berehat secukupnya dan berhenti lelapkan mata di RnR yang disediakan oleh Pihak Plus bagi highway PLUS manakala lebuhraya Pantai Timur pun ada kawasan rehat. Berhenti minum ke, basuh muka ke, rengangkan badan ke.

Si isteri tu pula janganlah naik kereta je terus tidur! Temankanlah si suami tu, bercakap-cakap dengan dia agar mata dia segar sikit. Agak-agak suami nampak macam mengantuk nasihatkan suruh berenti..kalau suami taknak berenti juga tampar ke dia, pastu pagi raya tu mintak ampun semula.heehehe..

Da buat checklist sebelum bertolak? Abah nasihatkan kena buat! Senaraikan semua perkara yang penting, apa yang perlu dibawa.Contohnya:

Senarai checklist:
a) Pastikan cabut kepala gas kat dapur tu.
b) Pastikan tingkap, pintu dikunci 
c) Periksa air samada sudah ditutup untuk elakkan rumah banjir atau pembaziran
d) Cabut plug TV/ Komputer
e) Baju raya
f) Duit raya dah siap dibawa
g)kuih raya juga dah dibawa
h) Siap sedia ubat-ubat demam, batuk, kulit gatal untuk anak-anak
i) Sampah didapur dibuang terlebih dahulu untuk elak bau busuk dan berulat kerana balik lama
j) charger handphone/kamera

Itulah antaranya, korang boleh tambah sendirilah ye. Kenderaan macam mana? Dah hantar service. Abah dan awal minggu baru ni. Mudah-mudahan segalanya akan selamat.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar semua selamat sampai ke destinasi yang dituju.
drive safetly!

10 comments:

  1. ehhehehe tang yg tido tu yg tersenyum, ktorg perjalanan 2 jam mmg la tak tido, tp en abah nk ke penang jauh tu, kenela tidur utk memendekkan rasa lama dlm perjalanan hehehhehe

    ReplyDelete
  2. pon ponn ponnnn....selamat pulang ke kampung...Hati2 di jalan raya..semoga segalanya selamat...

    p/s..selamat beraya bersama kluarga trsayang..

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Abah...

    Ema balik tengahari nanti... bila siang ni ema lah yg bawa keretanya..

    dah siap kemas semua beg2...

    ReplyDelete
  4. kg sya dekat jer tapi benda yang abah buat checklist wajib buat

    ReplyDelete
  5. paling best part tampar dan mintak maaf di pagi raya..hahaha..

    kitorg pun selalu singgah tdo kat rnr..bertolak malam..tapi sampainya pagi esok..padahal bukan jauh mana pun kulai tu..hehehe..

    slamat hari raya abah khalisha..

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya diucapkan...berhati-hati semasa memandu ke penang tu yer

    ReplyDelete
  7. fara xberaya pon abh
    cmnie nie
    xyh bt chcklist lah kan
    hahaa
    ikut abh blik peng la
    bole kutip duet raya
    haha:D

    ReplyDelete
  8. selamat menyambut hari raya buat abah dan keluarga ye...

    pinjam checklist boleh???
    lebih kurang jahhhh benda2 yg nak dibwak/dibuat tu!
    hiks

    ReplyDelete
  9. haha..isteri jangan tido ye..
    azie naik bas tido xpe kan ;)
    drive carefully abah :)

    ReplyDelete
  10. fa lambat lagi kot nak balek. hehe

    semoga selamat sampai! =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates