Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 28, 2013

117 Koleksi Terbaru di Iena Azrina Wardrobe

Jom terjah kejap ke fb adik AK Iena Azrina Wardrobe. Dengarnya ada koleksi terbaru iaitu Shiffon Dress!

CHIFFON DRESS tampil sopan dan cantik digayakan di majlis seperti kenduri kahwin, dinner, Hari Raya, majlis-majlis rasmi & sesuai untuk digayakan ketika keluar bersiar-siar. Yang pasti memang cantik-catik belaka!

Berapa harga? Murah je..Hanya RM59 (exclude postage)







Jom tengok pula tudung 3 layer plak nak?


Untuk tempahan anda boleh ke page Iena Azrina Wardrobe tau.

Friday, March 29, 2013

27 Mimpi Buruk

Hari ni wife cuti dan duduk di rumah dengan Nur Iman. Sejak mengandung ni asyik kembung je perut wife, kecian juga AK.

Dah pelbagai jenis minyak urut dah lumur kat perut tu tapi still banyak angin..Minyak masak ngan minyak petrol je belum try lagi. AK syak urat kentut tersimpul tu.hehehe.

Tadi lepas Jumaat wife msj lepas Nur Iman bangun tido

wife : Dah tido ngamuk plak
wife : Tendang2 pukul2 syg
AK : Mimpi buruk tu
wife : Buruk ape dh mata tbukak dah
AK : Yelah br lepas mimpi lah tu, lawan raksasa
wife : Hahaha, ye la tu
AK : Mungkin time tido tak sempat nk fire and tendang ...
wife : errrr...

Peace ibu..

Monday, March 25, 2013

25 Alahan Bau

Alhamdulillah dah masuk minggu ke  7 wife mengandung anak kedua ni..Peringkat 3 bulan pertama ni orang panggil first trimester.
 
Sejak mengandung ni wife telah mempunyai deria bau yang teramat hebat sampaikan dia tak boleh bau perfume kereta, bau daun pandan yang letak dalam kereta pun tak boleh..bukan itu sahaja telur goreng dadar pun dia rasa nak muntah..

Kalau dulu masa mengandungkan Nur Iman wife cuma tak boleh bau minyak rambut AK. Tapi sekarang tau bau-bauan deria hidung dia telah meningkat hampir 200%.hahaha..Mengalahkan Wolverine X-Men.

Lagi hebat dia dapat menghidu bau kasut baru yang dibelinya yang diletakkan di bawah work station dia. Meloyakan dia cakap bau kasut tu. Sedap apa bau kasut baru kalau kasut lama tu memang pengsan wa cakap sama lu.

OK sayang abang sarankan sayang pakai penyepit kain macam gambar dibawah ni apabila terbau sesuatu yang pada hakikatnya wangi tapi meloyakan pada diri sayang..Kat ampaian ada lebih 20, sila ambil satu simpan dalam handbag.hehehe.


Friday, March 22, 2013

12 Jom ke Iena Azrina Wardrobe

Memang sesuai sangatlah nama Iena Azrina Wardrobe dengan tuannya..Mana tidaknya pakaian penuh satu almari..ke satu almari setengah??..Laki dia punya space untuk pakaian faham-faham lah..

Nasib badanlah bro...padahal aku pun sama!

Tapi itu memang realiti pun, almari isteri lebih besar daripada almari suami. Setuju?

Back to our title 'Jom ke Iena Azrina Wardrobe' apa benda sebenarnya ni?

OK AK cuma nak promosikan fan fage jualan pakaian adik AK.


Dengan trademark 'Happy Shopping Ladies' Iena Azrina Wardrobe menawarkan pelbagai jenis pakaian seperti skirt labuh, blous, maxi dan pelbagai lagi buat wanita muslimah yang mementingkan  gaya dan penampilan.

Meh kita tengok menarik ke tak pakaian di Iena Azrina Wardrobe yang digayakan oleh beliau sendiri dan rakan-rakan.

 

Want some more???








Nak lagi? Klik je Iena Azrina Wardrobe untuk melihat harga dan pelbagai lagi jenis-jenis pakaian. Ingat jangan lupa LIKE untuk mendapatkan the latest info on design or promotion..


5 Khas Untuk Ibu Bapa Sekalian

Khas untuk ibu bapa sekalian.... Tahukah anda bahawa.. :

1. Anak tunggal selalunya lambat cakap.

2. Anak prempuan cakap banyak 3 kali daripada lelaki
3. Bermain dgn anak-anak meningkatkan kegembiraan emosi mereka
4. Anak lelaki suke fizikal touch dgn bapak. Main ultramen, pergi padang.Klu anak lelaki tak dpt fizikal touch die akan suke bergaduh dgn adik-adik dia
5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dgn bermain akan membina bonding antara anak dan parent.
6. Anak-anak pun stress sbb tak keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.
7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)
8. Anak lelaki mempunya potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka
9. Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik
10. Kanak-kanak yang sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih berdaya saing dlm byk hal. Lebih berkeyakinan diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yg baik.


Sekadar perkongsian...



sumber: Shop4mybabykids

Wednesday, March 20, 2013

9 Nur Iman Bakal Dapat Adik

Alhamdulillah..rezeki daripada Allah. InsyaAllah bulan November ni AK bakal mendapat anak yang kedua!

So sekarang ni tengah memilih beberapa hospital sekitar KL untuk check-up. Any ideas friends? Ampang Puteri? KPJ? Sentosa Medical Center?...Dulu pernah check-up di UKM Specialist Center sebab dekat dengan rumah sewa dulu. So sekarang ni duk di Selayang..Utara sikit.

So to my wife tahniah..abang memang hebatkan..hahaha..gelak jahat sikit. Apa-apa pun Acid Folid tu jangan lupa makan, nanti abang belikan dan masak bayam hari-hari.

Susu jangan tak minum walaupun tak suka minum susu (walhal tak beli lagi (^_^).

To my lovely daughter Nur Iman Khalisha, hang bakal dapat adik ok. So please behave yourself sikit dan jangan nak dukung-dukung atau manja-manja sangat tau.

Belajar buat pelaburan di dalam tandas setelah sekian lama melabur di lampin pakai buang

Wednesday, February 27, 2013

14 Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 Bulan


Walaupun dah berkali-kali di ingatkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal

Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

Sumber: facebook

Tuesday, February 26, 2013

1 Muka Ditusuk Payung

London: Seorang wanita yang mabuk bernasib baik selepas terjatuh ke atas payung sejurus selepas pulang dari berfoya-foya, lapor media semalam.
Jessica Yates dilaporkan terlalu mabuk dan secara tidak sengaja terjatuh dari katil hotel dan mukanya tercucuk dawai rangka payung yang baru digunakan.

Disebabkan payung itu tidak ditutup dengan betul, dawainya yang terbuka kemudian menusuk gusi dan tembus ke mulut.

Bagaimanapun, Jessica, 22, dari Solihull, West Midlands, mengakui dia terlalu mabuk ketika itu dan tidak dapat merasai kesakitan itu pada peringkat awal. Rakan Jessica, Laura Sullivan, menghubungi talian kecemasan selepas mendapati kecederaan itu serius dan terlalu berbahaya untuk ditarik sendiri.

Jessica kemudian dibawa berjumpa dengan anggota paramedik dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan payung itu masih tergantung di mukanya.

Kata Jessica, di hospital, pegawai perubatan memotong patung berkenaan dan membiarkan kira-kira 15 sentimeter dawai itu masih tercucuk ke mulutnya.

Dia kemudian dibawa ke hospital kedua dan diberi ubat pelali sebelum membolehkan pembedahan untuk membuang dawai berkenaan dijalankan.

Pengurus kedai kasut itu dibenarkan pulang keesokan harinya dengan beberapa jahitan berserta cebisan payung itu yang masih kekal di gusinya.
Kata Jessica, kemalangan itu berlaku ketika dia dan beberapa kawan berkongsi bilik di Watford selepas puas berpesta.

“Kami menghabiskan malam dengan minum di bar tempatan dan pulang berpayung kerana hujan jam 2 pagi,” katanya. Ketika tiba di bilik, kata Jessica, dia mencampakkan payung kecil itu ke lantai dan tidak menyedari ia dibiarkan dalam keadaan terbalik. - Daily Mail

Wednesday, February 13, 2013

23 Langgar Lari Persona WVB 1852 Dicari!

Spoil mood cuti betul lah!

Cuti baru ni AK dan family balik ke rumah mak mertua di Pulau Pinang pada Jumaat malam. Sabtu tu memang sibuk jugalah pergi 3 kenduri kawan-kawan mak. Rumah pertama makan nasi, rumah kedua minum air je, rumah ketiga mak je yang masuk.

Hari Sabtu tu juga AK dapat tahu atuk dimasukkan ke Hospital Sabak Bernam disebabkan sesak nafas. Ditambah lagi dengan kaki yang bengkak akibat Gout memang sah-sah kena tahan. Alhamdulillah masa tu adik AK memang ada balik rumah atuk nenek so dialah yang hantarkan.

Dipendekkan cerita Isnin AK pulang menuju ke Sungai Besar untuk melawat atuk. So tidurlah semalaman di rumah atuk.

Keesokkan harinya AK dan keluarga pergi ke hospital untuk hantar nenek dan melawat atuk sebelum pulang ke Selayang.

Masuk je kawasan hospital, AK pun park kereta di kawasan parking yang disediakan. Disebabkan Nur Iman tidur so wife duduk dalam kereta. AK yang teman nenek untuk masuk ke hospital. Tak lama dalam masa 15 minit kemudian tiba-tiba wife telefon cakap kereta kena langgar!

Ada kereta persona undur dan nak keluar parking samapi terkena depan kereta kami. Pastu nampak wife keluar dari kereta pemandu kereta proton PERSONA WVB 1852 tu terus pecut laju. Kebetulan ada seorang pakcik juga nampak kejadian tu dia yang bagi no. plat kenderaan proton Persona. Tahu sape lagi nampak? Allah nampak apa yang ko lakukan!

Cantik sikit ko dah langgar kereta orang pastu main lari macam tu je, agak-agaklah sebab salah ko aku plak yang nak tanggung kerugian untuk spray semula depan kereta tu.

Nampak macam sikit je, tapi kalau spray semula mahu habis dekat RM150 - RM200 juga tu!


Alhamdulillah bumper depan tu tak tercabut cuma jadi macam kurap sana sini sebab cat dah tertanggal. Nasib baik AK tkde kat dalam kereta, kalau ada memang dah kejar kereta tu.

Kalau tkde duit pun nak bayar cakap lah dulu mintak maaf ke, bayar ansuran dulu ke, kami boleh lagi bertolak ansur. Ini pakai pecut macam tu je.

Ko pakai cabut je macam tu aku kasi famous engkau punya no plat dan kereta kat blog. Biar satu Malaysia tahu. So kalau ada sesiapa ternampak kereta Proton Persona WVB 1852 tu boleh pergi salam dia dan cakap AK kirim salam.

Kebetulan time tu ada kereta pegawai penyiasat polis lalu, AK pun tanyalah pasal macam mana kalau kes kereta saya dilanggar lari. Dia cakap kalau wat report pun leceh, pastu nak claim insurans pun kena atas kita punya insurans. Takpun keluar duit sendiri je.

Mekasihlah en. polis weee...angin je ngan jawapan tu.

Ok buru kereta Persona WVB 1852. Takpe Allah itu Maha Adil..

Ak pernah juga bergeser dengan kereta orang masa parking di area kedai Kampung Baru tapi sebab sedar tu kesalahan sendiri AK letak no telefon di cermin kereta myvi tu, pastu AK bagi RM200 untuk dia spray. Sebab calar tak banyak, biasa kena pun dalam RM150 je, balance tu duit minyak dia lah kena pergi bengkel cat.

Ok semua..aim Proton Persona WVB 1852!

Sunday, February 10, 2013

4 Laksa Janggus - Misi Tercapai

Misi mencari kedai laksa janggus!

Wife AK ni mmg peminat tegar laksa..kalau hari-hari duk makan laksa memang no hal punya. So demi memenuhi hasrat wife untuk makan laksa janggus, Kampung Perlis, Balik Pulau dipenuhi, AK bawakkan juga..

Sape tak sayang bini wooo..

Actually wife sibuk sangat nak makan di kedai laksa janggus ni sebab kawan dia ada pergi makan di kedai ni dan yang buat lagi teruja kerana laksa janggus ni pernah masuk Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di TV3.



Ok macam mana nak ke kedai laksa Janggus ni? Ada masa nanti AK masukkan peta untuk ke kedai Laksa Janggus ni tapi buat masa ini korang boleh follow instruction di bawah untuk ke kedai Laksa Janggus ni.

Mula-mula anda kena pergi ke Balik Pulau, Pulau Pinang dulu, sampai je sana korang cari papan tanda yang menuju ke Pulau Betong. Dah masuk korang akan jupa lampu isyarat yang pertama dan belok ke kiri menuju ke Pulau Betong.

Dari situ korang pergi je terus sampai nampak signboard ke Teluk Bahang dan masjid di sebelah kanan. Di situ juga ada simpang masuk ke kanan. Masuk je ke simpang kanan tu.



Ha nampak signboard ni terus masuk ke kanan tau!

Dalam 300 meter korang akan nampak signboard ini pula di sebelah kanan.


Kalau tengok memang penuh kedai ni..dasyat btl la..hebat sangat ke laksa janggus ni? Jom pekena semangkuk dua.



Tengok pula suasana di kedai Laksa Janggus ni..meriah btl..memang cukup ramai.





Pisang goreng dan keledek juga ada dijual..murah je pisang RM1 dapat 8. KL?tak yah citelah kalau RM2 tu celah gigi jelah.




Peringatan! Jangan datang hari Rabu tau..tutup. Kedai Laksa Janggus ni dibuka bermula 3 petang ye...pagi memang tak buka.

Ok kalau nak datang korang boleh call dulu..ni no. telefon kedai laksa janggus.


Laksa biasa harga RM2.50 manala special RM3.50..selain tu turut dijual bihun sup,mee sup dan sewaktu dengannya.

AK ada tanya wife mcm mn rasa laksa janggus ni? Daripada 5 bintang wife bagi 4 bintang..tu pun sebab perut dah kenyang makan nasi..kalau tak memang dia bagi 10 punya walaupun orang cakap daripada 5 bintang.



Tersenyum kepuasan wife setelah dapat merasa Laksa Janggus di Kampung Perlis, Pulau Betong Pulau Pinang.

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates