Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label ular. Show all posts
Showing posts with label ular. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

15 Bila digigit Ular

Pernahkah anda bermimpi dipatuk ular? Biasanya orang tua-tua cakap kalau wanita yang mimpi dipatuk ular maksudnya ada lelaki yang nak masuk meminang. Tapi kalau lelaki pula mimpi dipatuk ular? Apa cite eh?

Hari ini abah bukan nak cerita pasal mimpi dipatuk ular sebenarnya, tapi nak share dengan semua apa yang perlu dilakukan jika seseorang atau diri kita digigit ular.

Apa beza patukan dan gigitan? Patukkan sebenarnya adalah serangan daripada ular, gigitan pula adalah kesan daripada serang tersebut. Tapi biasanya kita gunakan patukkan ular.

2 hari lepas, abah ada pergi training anjuran HR Department berkaitan Occupational First Aid & CPR Training oleh Ace IT Academy. So apa yang abah nak kongsi kan adalah langkah-langkah yang perlu diambil dan perkara yang jangan dilakukan jika dipatuk ular.

Jika dipatuk ular, anda mestilah:
1) Basuhkan tempat yang digigit ular dengan air paip
2) Balut tempat yang digigit
3) Bawa mangsa ke hospital

Di sini abah nak berpesan agar JANGAN lakukan perkara dibawah:
1) Jangan Ikat kawasan yang digigit kerana ini akan menyebabkan tisu-tisu tidak dapat bernafas--oksigen tkde lah tu. Itu yang boleh jadi kes potong atau buang terus kawasan yang kena gigit.
2) Jangan hisap atau sedut bisa yang ada. Kalau cerita Bollywood boleh lah nak hisap sebab heroin biasanya kena gigit di peha. Itu yang best tu. Yang hisap tu yang "jalan dulu" nanti.

Abah harap perkongsian tadi dapat membantu sekiranya perkara yang tidak diingini seperti ini berlaku. Kongsi-kongsikanlah dan sebar-sebarkanlah.

Nak join GENG ABAH?

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates