Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label sakit otot. Show all posts
Showing posts with label sakit otot. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

7 Urutan Manja Suami Bantu Legakan Tegang Otot

Benarkah setiap kali wanita mengandung pasti akan mengalami gejala ketengangan otot? 

Tiap kali si ibu mengandung kerap kali mengeluh kesakitan ekoran kerapnya terjadi ketengangan otot atau Cramps. Ia merupakan salah satu gejala semasa mengandung selain muntah-muntah, pening, sakit belakang dan sebagainya. Kebiasaannya ketengangan otot ini berlaku ketika bangun dari tidur awal pagi.


Di mana selalunya terjadi ketengangan otot ni? Buat wanita yang belum pernah mengandung lagi, disini abah nak kongsikan ye. Sila ambil perhatian!


Biasanya masalah ketegangan berlaku pada bahagian kaki kerap dan kebiasaannya menyerang pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. 

Menurut pakar ianya berlaku mungkin disebabkan oleh kekurangan logam kalsium dalam darah. Dapatkanlah nasihat daripada doktor anda hari ini juga. Malahan pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi untuk pertumbuhan tulang dan gigi mereka.

Sepanjang proses kehamilan para ibu adalah digalakkan meminum susu.

Tapi masa sepanjang wife abah mengandungkan Nur Iman dulu, rasanya dia tak pernah mengadu masalah ketengangan otot. Adakah mungkin kerana abah selalu urut kaki wife abah sepanjang dia mengandung dan seterusnya mampu mengelak masalah ketengangan otot ini?

Teori ini abah tak pasti. Tapi mungkin para ibu boleh cuba minta bantuan suami agar urut kaki anda setiap malam dan cuba tengok hasilnya. Kalau menjadi bagitau abah ok. Selamat mencuba! 

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates