Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label restoran. Show all posts
Showing posts with label restoran. Show all posts

Monday, October 24, 2011

25 Mee Kuah Abah..Impian,Kenyataan atau Khayalan?

Niat dihati nak jadi seorang businessman bila dah besar nanti, akhirnya sekarang memegang jawatan sebagai Knowledge Management Executive. Alhamdulillah ada juga kerja dan boleh sara keluarga dan bagi duit sikit pada mak.

Tiba-tiba niat nak jadi businessman tu tiba-tiba muncul kembali mengenangkan duit gaji yang diterima agak tidak mencukupi disebabkan pelbagai hutang yang perlu dilangsaikan. Tambahan pula itu adalah cita-cita sejak di sekolah menengah.

Apa yang bermain di benak fikiran adalah untuk buka sebuah restoran mee kuah abah...Sekarang ni masih lagi 50 / 50 untuk buka restoran atau pun teruskan kerjaya sekarang. Lokasi telah dikenal pasti, modal permulaan belum ada lagi, pinjaman selepas premis ada telah dikenal pasti, resepi? of course on job training daripada ibu mertua. 

Abah teringin nak ibu iman jadi suri rumah sepenuh masa, nak hantar ibu abah ke Mekah mengerjakan Haji dan Umrah. Abah juga nak bahagiakan ibu abah dan ibu mertua.

Buat masa ni, fikiran masih buntu lagi..Ya Tuhan tunjukkanlah padaku jalan agar mudah untuk aku buat keputusan.

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates