“Abang…busuknya, pegi jauh-jauh. Sayang tak tahan dengan bau abang”.
“ Malam ni abang tidur kat luar, tak nak tidur dengan abang…tak tahan..busuk!”
Pernah alami atau dengar dialog mahupun cerita berkaitan dialog di atas? Ianya bukan mitos tetapi benar. Abah Khalisha sendiri pernah alami situasi yang pertama masa ibu mengandungkan Nur Iman Khalisha tapi tidaklah sampai tahap tidur diluar peluk bantal macam gambar di bawah ni.
| Jika terpaksa tidur, terpaksalah 'main' dengan bantal.Kecian! |
Apa yang perlu suami lakukan jika situasi begini terjadi? Nasihat abah Khalisha adalah banyakkan bersabar dan cuba fahami isteri. Mereka jadi begitu disebabkan oleh ragam kehamilan.
Kalau ada isteri yang suka ‘cari gaduh’ cepat-cepat angkat kaki, bukan untuk sepak atau terajang isteri tetapi angkat kaki ke kedai kopi atau keluar sekejap. Ingat sekejap je, jangan pula sampai berjam-jam. Melampau namanya, tu memang nak cari pasal.
Ingat lagi dua tahun lepas, abah Khalisha selalu juga buat lawak yang tak lawak langsung pada ibu Khalisha. Bukan apa saja nak lepas geram. Tapi janganlah melampau sangat ye.
Nak tahu, ada juga suami yang terpaksa “berpuasa” sepanjang isteri mengandung. Nasib baik abah Khalisha tak sampai tahap macam tu.
Ibu-ibu baru sedar yang suami anda berbau busuk? Rasanya dah terlambat kalau baru sedar. Apa yang boleh si ibu lakukan untuk mengurangkan ragam kehamilan itu adalah dengan :
- Banyakkan beristighfar dan membaca Al-Quran
- Buat solat sunat atau solat yang wajib kalau dah masuk waktu
- Ibu boleh fikirkan perkara yang menyenangkan dan menggembirakan ketika saat bersama
- Tapi kalau dah tahap kritikal sangat, abah khalisha cadangkan pergi berjumpa doktor ataupun pakar psikiatri
- Bawa suami ke SPA atau mandikan mereka dengan minyak wangi. Yang ni abah khalisha gurau je ye.
Abah Khalisha percaya abah/daddy/papa/ayah tidak perlu “berpuasa” jika anda amalkan dan cadangkan kepada isteri panduan di atas.
Selamat maju jaya dan berhati-hati semasa menunggang!



