Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label ketam. Show all posts
Showing posts with label ketam. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

26 Sup Ketam Penawar Demam Denggi

Terima kasih kepada mereka yang mendoakan agar adik abah sembuh daripada denggi. Alhamdulillah petang semalam adik aba dah discharge from Hospital Selayang. 

Pada entri abah yang bertajuk Disangka kena sampuk rupanya... ramai blogger telah memberi cadangan agar buat sup ketam untuk ubati demam denggi. Thanks pada Si Pujangga, blog-tips-kurus dan yang lain-lain.


Badan gatal-gatal disuruh makan sup ketam pula? Tak bertambah gatal ke? Abah pun naik pelik juga dengan cadangan diorg ni. Tak cukup tangan menggaru nanti.

Lepas tu semalam cikgu sekolah pun ada sarankan bagi makan sup ketam..mmmm..macam dah boleh dipercayai je teori ni. So semalam lepas keluar je abah terus singgah di kedai berdekatan dan beli ketam. Tapi abah tak sure pula jenis ketam yang boleh. Ke asal nama ketam je boleh je makan untuk penghidap denggi ni.

Kalau ikutkan doktor denggi ni memang takde ubat, apa yang abah tengok masa adik dirawat beliau hanya dibekalkan air satu jag dan air dimasukkan dibadan. Itu sahaja. Kena sentiasa minum air untuk lawan kuman tersebut.

So hari ini abah ada google pasal sup ketam ubati denggi, banyak juga cerita pasal ketam ni. Yang paling menarik abah jumpa adalah sup ketam ini dapat tambah susu ibu..hahaha.Tak caya google sendiri.

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit. klik di blog ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sup Ketam : Penawar Denggi.

Hari ini  mak abah masih dirumah abah sehingga adik betul-betul sihat. Esok maybe dia balik sebab ramai dah yang cari dia. Almaklumlah tukang jahit. Orang nak pergi kenduri pakai baju baru itu pasal sibuk call dia tanya bila baju nak siap.

Hujung minggu ni abah akan ke Melaka hantar adik sebab dia sepatutnya this week dah kena praktikal di Hospital Melaka.

Camner eh? Bakal Nurse pun leh jatuh sakit. Yelah nyamuk kan bukan leh nak kawal.

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates