Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label juara. Show all posts
Showing posts with label juara. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

11 Malaysia Tewaskan Indonesia Melalui Penalti, kekalkan Emas

Malaysia berjaya mengekal kejuaraan dua tahun lalu untuk bola sepak sukan sea setelah berjaya menewaskan Indonesia melalui sepakan penalti (4-3).

Baddrul Bakhtiar ketua pasukan Harimau Malaya berjaya menyudahkan sepakan terakhir untuk Malaysia dan seterusnya mengekalkan emas untuk dua tahun berturut-turut.

Sebelum itu, Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan sepakan pemain Indonesia dan seterusnya memberi kelebihan kepada Malaysia.

Abah rasa ini merupakan perlawanan yang menyebabkan darah dalam badan kepanasan. Tapi Alhamdulillah, rezeki memihak kepada kita dan seterusnya mendiamkan hampir 100, 000 penyokong Garuda di dalam stadium.

Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Ibu segala acara bagi Sukan Sea berjaya dimiliki oleh Malaysia. Nampaknya sekali lagi kita berjaya mengalahkan Indonesia selepas kita berjaya mengalahkan Garuda semasa dalam peringkat kumpulan.

Permainan menyerang kedua-dua pasukan dalam masa lebih 120 minit rasanya membuatkan semua rakyat Malaysia dan penonton Indonesia di stadium tidak senang duduk.

Tahniah di ucapkan kepada Ong Kim Swee, jurulatih Harimau Malaya B dan pasukan kerana berjaya mengekalkan kepada pingat emas di Indonesia.

Tahniah Malaysia! Malaysia Boleh!

Kosong terus stadium semasa penyampaian pingat..hahaha..Apa-apa pun ada sorakan dari Malaysia...

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates