Sekarang semua barang naik, harga buah jambu madu pun sekarang RM14.00 satu kilogram, beberapa bulan lepas RM12.00. Banyak lagi harga barangan lain yang naik tanpa kita sedari.
Gaji pula berapa banyak naik? Naik itu naiklah tapi ciput je jika dibandingkan kenaikan harga barangan dan makanan melebihi jumlah kenaikan.
Semalam abah dimaklumkan oleh owner nursery tempat Nur Iman, bayaran untuk new registration untuk bayi mereka akan cas RM410 sebulan manakala untuk dua tahun ke atas bayaran RM380. Mak aiiii..mahalnya.
Sekarang bayaran Nur Iman RM350 setelah dia berusia dua tahun bulan November baru ini. Sebelum itu bayaran dia RM380.
Ramai juga yang terkejut bayaran nursery abah hantar ni harga sampai RM380. Nursery tengah kota Kuala Lumpur lah katakan.
Alasan kenaikan adalah untuk bayaran gaji dan memandangkan harga barangan dan makanan untuk kanak-kanak semakin meningkat seperti sayur, daging, ayam, biskut dan macam-macam lagi.
Jika di selayang, di rumah abah memang harga tak sampai RM300 tapi abah fikirkan senang abah nak ambil Nur Iman sebab dekat dengan office dan kami dapat menghabiskan masa di dalam kereta.
Jika harga barangan minyak dan kos kehidupan semakin naik tapi gaji naik sekadar naik sahaja rasanya ramai akan bising. Lihat budget 2012 yang dibentangkan baru-baru ini nampaknya banyak memberi keuntungan kepada government servant sahaja, pekerja swasta macam abah ni macam mana?
Sedar tak kita bahawa kami juga dan lebih banyak membayar cukai. Jika kita tengok Laporan Audit 2010 lebih menyakitkan hati apabila duit rakyat yakni duit kami semua dibazirkan sewanang-wenangnya. Tak percaya korang google sendiri.
Apa tindakan SPRM? Janganlah rakyat marah baru mahu bertindak. Kerajaan perlu mengawal perbelanjaan mereka, ketua jabatan jangan sewenang-wenangnya meluluskan pembelian sesuatu barang atau peralatan yang harga yang begitu melampau!
Public Accounts Committee (PAC) pun fed up dengan kakitangan dan agency kerajaan memberi alasan yang sama mengenai perbelanjaan masing-masing.
Itu pentingnya ada parti pembangkang untuk mewujudkan keseimbangan.
Ingat Rakyat semakin bijak hari ini!