Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label beli belah. Show all posts
Showing posts with label beli belah. Show all posts

Monday, January 9, 2012

4 Beli Belah di Carrefour

Ramai betul orang di Carrefour Wangsa Maju Ahad baru ini. 


Kebetulan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, so memang penuh carrefour dengan masyarakat cina membeli segala persiapan untuk perayaan mereka.


Dek kerana banyak barang rumah dan keperluan Nur Iman dah habis abah, wife dan Nur Iman turut ke sana untuk membeli belah.


Abah perhatikan banyak juga rak yang kosong sampaikan gula, minyak, dan sebahagian biskut habis. Kebetulan semasa nak ke Carrefour abah ada perasan kedai Rakyat 1 Malaysia berdekatan Carrefour so abah singgah beli gula dan telur.


Susu Nur Iman, pampers, beras, minyak, sos, dan macam-macam lagi perlu dibeli kerana kehabisan stok.


Kembali mengenai cerita di Carrefour, sempena tahun baru cina ni, mereka menawarkan kupon bernilai RM10 untuk pembelian sebanyak RM88.00 dalam satu resit pembelian.


Atas nasihat penjaga kaunter, abah bayar barang dengan tiga kali bayaran so dapatlah tiga kupon. Ada cerita kelakar mengenai kupon ni nanti abah ceritakan dalam entri berikutnya. Tunggu tau!. Kupon tu valid bermula 9 -12 Januari 2012 sahaja.




Penuh juga satu troli barang yang dibeli, tengok dompet kempis dah.adehhhh....


Ada masa empat hari untuk redeem kupon tu. Agak-agaknya barang apa yang abah akan beli? teka meh..

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates